Sabtu, Mac 07, 2009

CAMPING @ PENANG


Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Keramat akan mengadakan Perkhemahan Pengakap Muda & Remaja di Teluk Bahang, Pulau Pinang pada 14 - 16 Mac 2009. Rombongan akan bertolak dengan menaiki keretapi pada 13 Mac 2009, pada 2000 hrs( 8.00 malam ), dari KL Sentral. Semua peserta diminta untuk melaporkan diri di KL Sentral pada 1830 hingga 1930 hrs, dengan berpakaian seragam penuh. Kedatangan para Ibubapa adalah amat dialu-alukan.
Turut hadir untuk merasmikan pelepasan adalah En. Arif Astaman, Setiausaha Majlis Pengakap Daerah Keramat, Wakil dari Penyelia Ko-Kurikulum Pejabat Pelajaran Keramat.
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh diajukan kepada En. Evengel S.Logeswarren, Pen. Pesuruhjaya Daerah Keramat di nombor telefon bimbit 013 - 2680 989.