Jumaat, November 20, 2015

Khamis, Mac 24, 2011

Ahad, Oktober 17, 2010

LARIAN MERENTAS DESA 1MALAYSIA BELIA TITIWANGSA

LARIAN MERENTAS DESA 1MALAYSIA BELIA TITIWANGSA
30 OKTER 2010-SABTU
KOMPLEKS GURNEY

Jumaat, Jun 25, 2010


Lawatank ke Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dari Ahli Jawatankuasa Majlis Belia Kawasan Titiwangsa.

Rabu, Januari 27, 2010

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuanya dengan JELAS dan menjurus kepadanya tanpa MENYIMPANG- Cecil B. DeMille

Selasa, Januari 26, 2010

KHIDMAT BAKTI SUKARELA PASUKAN KELANA I



Sempena sambutan Ulangtahun Penubuhan Pasukan Kelana i (Titiwangsa) Daerah Keramat. Pasukan ini akan mengadakan program Khidmat Bakti Kelana & Gotong Royong bersama Penduduk Kampung Insan, Batu 2 Bagan Serai, Perak pada 30 & 31 Januari 2010. Program ini mendapat kerjasama sepenuhnya daripada JKKK Kampung dan Pasukan Kelana I . Seramai 5 buah kereta dengan muatan 4 orang satu kenderaan akan menjayakan progran tersebut.


Ini adalah salah satu usaha murni dan iklhlas secara sukarela yang dirancang oleh Kelana tersebut atas makluman Tuan Dc Keramat Encik Latiff Abu Hassan. Semoga didoakan selamat didalam perjalanan pergi dan balik serta dapat menjaga nama baik Daerah Keramat dan Pasukan.

Isnin, Januari 25, 2010

PERJUMPAAN DENGAN PE. PESURUHJAYA KERAMAT

Perjumpaan Khas Penolong Pesuruhjaya daerah Keramat untuk membincangkan menyelesaikan masalah Pendaftaran 2009 Kumpulan/Pasukan Pengakap akan diadakan pada seperti berikut :-

Tarikh:27 Januari 2010 ( Rabu )
Masa : 3 Petang
Tempat: Cofee House, Hotel Maluri Inn

Harap Maklum...

Ahad, Januari 17, 2010

Kurang Semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran -Flower A. Newhouse

Khamis, Januari 14, 2010

JAMBORI BUDAYA INDONESIA / MALAYSIA 2010

JAMBORI BUDAYA INDONESIA/MALAYSIA 2010
TARIKH
8 HINGGA 12 JUN 2010
TEMPAT
TANAH DATAR,SUMATERA BARAT, INDONESIA
YURAN JAMBORI
RM300.00 (MELIPUTI MAKAN BUFFET 3X,JAMBORI KIT,LAWATAN /PENGANGKUTAN DARI LAPANGAN TERBANG MINANGKABAU KETAPAK JAMBORI DAN KEMBALI)

Sabtu, Januari 09, 2010

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MAJLIS PENGAKAP KELANA DAERAH KERAMAT

Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Pengakap Kelana Daerah Keramat telah diadakan pada 8 Januari 2010 ( Jumaat) di Dewan UMNO Taman Maluri Kuala Lumpur.Majlis Perasmian disempurnakan oleh Encik Latiff Abu Hassan,Pesuruhjaya Pengakap Daerah Keramat. turut hadir Encik Mohd Fadley, wakil Ahli Majlis Pengakap Daerah Keramat dan Encik Logeswaran,Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Keramat (Program) serta Encik Dzulfikar Kamal, calun Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Keramat (Kelana).Mesyuarat tersebut telah memutuskan memilih Ahli Jawatankuasa Kerja baru bagi tempuh 2010 hingga 2011.Pasukan yang hadir terdiri daripada Pasukan Kelana C,D,G,H,I,J,K dan L.Kesemua perwakilan Kelana tersebut sebulat suara untuk membantu mengukuhkan Majlis di Peringkat daerah dan sedia berkhidmat dengan Pengakap Daerah Keramat.Dengan kehadiran seramai 67 orang kelana baru dan lama, ini menunjukkan Kelana Daerah Keramat masih relevan. Terima kasih kepada DC Latiff yang banyak bersusah payah untuk menyakinkan dan membantu membentuk Pasukan Kelana-Kelana bersatu dibawah Majlis Kelana Daerah Keramat.