Sempena sambutan Ulangtahun Penubuhan Pasukan Kelana i (Titiwangsa) Daerah Keramat. Pasukan ini akan mengadakan program Khidmat Bakti Kelana & Gotong Royong bersama Penduduk Kampung Insan, Batu 2 Bagan Serai, Perak pada 30 & 31 Januari 2010. Program ini mendapat kerjasama sepenuhnya daripada JKKK Kampung dan Pasukan Kelana I . Seramai 5 buah kereta dengan muatan 4 orang satu kenderaan akan menjayakan progran tersebut.
Ini adalah salah satu usaha murni dan iklhlas secara sukarela yang dirancang oleh Kelana tersebut atas makluman Tuan Dc Keramat Encik Latiff Abu Hassan. Semoga didoakan selamat didalam perjalanan pergi dan balik serta dapat menjaga nama baik Daerah Keramat dan Pasukan.