Sabtu, Januari 09, 2010

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MAJLIS PENGAKAP KELANA DAERAH KERAMAT

Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Pengakap Kelana Daerah Keramat telah diadakan pada 8 Januari 2010 ( Jumaat) di Dewan UMNO Taman Maluri Kuala Lumpur.Majlis Perasmian disempurnakan oleh Encik Latiff Abu Hassan,Pesuruhjaya Pengakap Daerah Keramat. turut hadir Encik Mohd Fadley, wakil Ahli Majlis Pengakap Daerah Keramat dan Encik Logeswaran,Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Keramat (Program) serta Encik Dzulfikar Kamal, calun Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Keramat (Kelana).Mesyuarat tersebut telah memutuskan memilih Ahli Jawatankuasa Kerja baru bagi tempuh 2010 hingga 2011.Pasukan yang hadir terdiri daripada Pasukan Kelana C,D,G,H,I,J,K dan L.Kesemua perwakilan Kelana tersebut sebulat suara untuk membantu mengukuhkan Majlis di Peringkat daerah dan sedia berkhidmat dengan Pengakap Daerah Keramat.Dengan kehadiran seramai 67 orang kelana baru dan lama, ini menunjukkan Kelana Daerah Keramat masih relevan. Terima kasih kepada DC Latiff yang banyak bersusah payah untuk menyakinkan dan membantu membentuk Pasukan Kelana-Kelana bersatu dibawah Majlis Kelana Daerah Keramat.