Jumaat, Februari 20, 2009

Kursus Pertolongan Cemas & Pemadam Api


Pada 15 Februari 2009 (Ahad) bertempat di IbuPejabat JPA3, Jalan Semarak, PPM Daerah Keramat telah mengadakan Program Kursus Asas Pertolongan Cemas dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam JPA3 Cawangan Kuala Lumpur.Program ini telah dihadiri seramai 39 orang Pengakap Muda dan Remaja sekitar Daerah Keramat dan Daerah Pudu.

Latihan ini telah didedahkan seperti merawat Luka kecil dan besar , Penggunaan anduh ( Lengan,Kepala, Lutut, kaki, Jari), CPR dan Asas Memadam Api.Peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Kumpulan Pertolongan Cemas dan Memadam Api.Latihan bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir jam 3.00 petang.

Turut hadir menyaksikan latihan tersebut, Pesuruhjaya Daerah Keramat dan Pesuruhjaya Daerah Pudu.