

Hari ini genap setahun PPM Daerah Titiwangsa( Unit Kelana ) menganjurkan Program Cabaran Kelana Berakit 2008 yang telah di adakan pada 1,2,3 Februari 2008 di RPS Betau, Kuala Lipis , Pahang Darul Makmur. Program Cabaran Kelana Berakit kali ke 10 merupakan program khas untuk Kelana dari Daerah Titiwangsa serta Kelana jemputan luar. Penglibatan seramai 67 orang terdiri daripada peserta Kelana Gombak, Kelana Sepang, Kelana G Titiwangsa, Kelana F Titiwangsa, Kelana H Titiwangsa, Kelana I Titiwangsa serta dari Belia 4B Keramat Jaya. Turut dibantu oleh Rakan kita dari Belia Sungai Koyan 1 yang dipimpin oleh Sdr. Ramli Bin Mat serta Penduduk Kampung Sungai Koyan 1 yang membantu menyediakan makan malam pada majlis penutup.
Pada kali ini, banyak aktiviti amat mencabar terutama berakit dalam suasana cuaca tidak menentu. Paras sungai (jelai kecil) amat deras menyukarkan pergerakan berakit secara berkumpulan. Sepanjang laluan sungai, paras air naik dan amat deras, secara tidak langsung pergerakan rakit mudah dan bergerak laju. Ini membuat peserta merasai lebihan tenaga dengan ketangkasan dan kecekapan mengendalikan rakit tersebut. Banyak peristiwa yang amat mencemaskan dan melucukan, namun ia akan menjadi satu pengalaman yang amat berharga dan akan dikenang sampai bila-bila.
Kepada kawan-kawan yang membaca catatan ini, Insyallah, PPM Titiwangsa akan menganjurkan lagi program berakit ke 11 pada masa akan datang,dengan menggunakan laluian sungai berbeza dan akan banyakan aktiviti lasak dan ketahanan diri.
Catatan dari Kelana G Titiwangsa