Khamis, Januari 03, 2008

PINGAT DAN BINTANG ANUGERAH


PINGAT SEMANGAT PADI KELAS PERTAMA-EMAS (BSP-1)

Bintang Semangat Padi Kelas Pertama-Emas (BSP-1) adalah anugerah tertinggi Persekutuan Pengaka Malaysia (PPM), yang hanya disampaikan kepada tokoh-tokoh terbilang sahaja.Anugerah yang amat terhad ini menjadikanya sesuatu yang paling eksklusif.Jesteru itu, penerima yang layak menerimanya hanyalah dari kalangan pemimpin-pemimpin Negeri dan Negara.

Antara tokoh-tokoh yang paling layak menerima Bintang Semangat Padi Kelas Pertama ini adalah dari kalangan Ketua-Ketua Negara dan negeri yang terdiri daripada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Kebawah Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Tuan-Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Pengakap Negara (KPN), Kecuali Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menetri dan Ketua Pengakap Negara kesemua tokoh Pemimpin ini merupakan Penaung kepada Persekutuan Pengakap Malaysia dan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Penaung Utama kepada Pergerakan Pengakap dinegara ini,

Selain tokoh-tokoh pemimpin yang tersebut, Bintang tertinggi Pengakap ini boleh juga dianugerahkan kepada Yang Teramat Mulai Raja-Raja Muda atau Tengku Mahkota atau Pemangku Sultan ketika Sultan dilantik menjadi Yang Di-Pertuan Agong, dan bergantung kepada pertimbangan dan budi bicara Jawatnkuasa Kecil Penganugerahan, Majlis Pengakap Malaysia serta diperakukan oleh Ketua Pengakap Negara. Dalam keadaan yang sama juga, Bintang ini boleh dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin tertinggi Negara, Negeri atau Pengakap dari kalangan rakyat biasa seperti Y.A.B. Menteri-Menteri Besar,Ketua-Ketua Menteri,Menteri-Menteri Kabinet atau mereka yangs setaraf denganya yang banyak berjasa kepada pergerakan Pengakap dengan sokongan Ketua Pengakap Negara (KPN).Penganugerahan kepada tokoh-tokoh dari luar Negara boleh juga diberikan tetapi diatas status kehormat.


Istilah Semangat Padi (SP) melambangkan ciri-ciri,tradisi dan unsur-unsur budaya pribumi , dimana PADI merupakan teras hati budi, tatasusila hidup serta tonggak ketuanan bangsa Melayu. Walaupun Pengakap berasal dari tanah Inggeris, tetapi melalui proses sosialisasi dan assimilasi untuk memenuhi keperluan dan adat resam tempatan, ianya telah menjadi hak asli dan jati negera ini. Dari suatu aspek yang lain pula,kegiatan Kepengakapan adalah sumber asuhan dan didikan yang mencerna dan menjana remaja Pengakap supaya menepati Falsafah Hidup Rasmi Padi, semakin berisi semakin tunduk yang menepati nilai-nilai hidup ketimuran dan semangat Kepengakapan tempatan.

Bintang Semangat Padi Kelas Pertama ini hanya boleh disampaikan oleh Ketua Pengakap Negara (KPN).


( Bentuk : Sijil dan Pingat - Kalung )


_____________________________________________________




PINGAT SEMANGAT RIMBA KELAS PERTAMA -EMAS (BSR-1 )

Bintang Semangat Rimba Kelas Pertama -Emas (BSR-1 ) adalah anugerah ketiga tertinggi Persekutuan Pengakap Melaysia (PPM), yang hanya disampaikan kepada tokoh-tokoh yang telah memberi perkhidmatan dan bakti yang amat terpuji kepada Pergerakan Pengakap.


(Bentuk; Sijil dan Pingat-Kalung )

__________________________________________________








PINGAT PERKHIDMATAN SETIA

___________________________________________________________________


PINGAT PERKHIDAMATAN CEMERLANG (PPC)

Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin bertauliah yang telah banyak menabur jasa dan bakti cemerlang diatas perkembangan Kepengakapan di peringakat Daerah, Negeri, dan Antarabangsa serta disanjung tinggi, mempunyai sifat sikap taat setia dan mempamerkan taat kelakuan yang terpuji.

Pingat Perkhidmata Cemerlang (PPC) ini boleh juga di anugerahkan kepada individu seumpama pihak pegawai atasan kepada sesuatu institusi, badan berkanun atau swasta yang banyak menyumbang, menyokong serta terlibat secara jitu dalam menjayakan semua program dan pergerakan Kepengakapan di peringkat Negeri, Negara dan Antarabangsa.

Bilangan kuota pada satu-satu masa penganugerahan tidak lebih 45 orang dan bilangan tidak termasuk kepada anugerah yang diberi didalam status " Kehormat " (Luar Negara )

(Bentuk : Sijil dan Pingat - Kalung )

____________________________________________



PINGAT PAHLAWAN


Bintang Pahlawan merupakan anugerah tertinggi yang duberikan kepada Pemimpin dan ahli-ahli Pengakap yang telah khidmat dalam menyelamatkan nyawa dan harta benda masyarakat sekelilingnya

( Bentuk : Sijil dan Pingat )

_______________________________________________





PINGAT PERKHIDMATAN BAIK

Pingat Perkhidmatan Baik (PPB) dianugerahkan kepada Pemimpin-pemimpin bertauliah dan kepada individu seperti Jawatankuasa Persekutuan Pengakap Tempatan (PPT), Daerah, Negeri dan Negara yangs sentiasa menjalankan tugas dengan baik serta membantu kejayaan pergerakan Pengakap diperingkat masing-masing dengan jujur, amanah, setia dan berterusan tidak kurang dari 5 tahun.

( Bentuk: Sijil dan Pingat )

_____________________________________________


PNGAT PERKHIDMATAN LAMA (PPL)


Pingat Perkhidmatan Lama (PPL) dianugerahkan kepada Pemimpin-pemimpin bertauliah yang telah bertugas dan berkhidmat secara berterusan dengan baik selama tidak kurang 20 tahun diperingkat Kumpulan, Daerah, Negeri dan Negara serta mempunyai tingkah laku dan budi pekerti yang mulia.

(Bentuk : Sijil dan Pingat )

__________________________________________________________

SIJIL KEPUJIAN KETUA PENGAKAP NEGARA (SKKPN)


Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara ( SKKPN) dianugerahkan kepada Pemimpin-pemimpin bertauliah dan telah khidmat bakti dengan terpuji dan berterusan selama 12 bulan serta mempunyai tingkah laku dan budi pekerti yang baik. Boleh juga dianugerahkan kepada ahli-ahli biasa dan Jawatnkuasa Persekutuan Pengakap Tempatan (PPT) Daerah, Negeri dan orang-orang perseorangan yang banyak membantu dan menyokong pergerakan Pengakap diperingkat Kumpulan,Daerah,Negeri dan Negara.

(Bentuk : Sijil dan Reben)



sumber : IbuPejabat Persekutuan Pengakap Malaysia