Selasa, Januari 01, 2008

PANDUAN PENGAKAP RAJA

Anugerah Pengakap Raja

Dalam program dan sukatan lencana-lencana Pengakap, Lencana tertinggi untuk seorang Pengakap dibawah umur 18 ½ tahun adalah ANUGERAH PENGAKAP RAJA . Lencana Pengakap Raja mulai di anugerahkan pada tahun 1909 oleh King Edward VII kepada Pengakap-pengakap yang telah diperolehi kemahiran kepengakapan tertinggi dan bersikap taat setia, tekun, bersemangat serta tabah, dan bertanggungjawab serta bersedia untuk berkhidmat.Pengakap Raja( King Scout ) pertama adalah Ketua Patrol Victor Watkins dari Dorset, England.

Di Malaysia, Anugerah Pengakap Raja juga adalah Lencana tertinggi bagi Pengakap-pengakap sejak era sebelum kemerdekaan Negara kita. Mulai kemerdekaan, DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan DYMM Raja-Raja Negeri-Negeri Melayu, yang juga Penaung-penaung Persekutuan Pengakap Malaysia, telah berkenan untuk meneruskan tradisi kepengakapan ini dan menganugerahkan Sijil Pengakap Raja dan Lencana Pengakap Raja kepada Pengakap-Pengakap Malaysia sebagai lencana tertinggi Pengakap.

Sehubungan dengan ini, Anugerah Pengakap Raja adalah dikhaskan untuk Pengakap-pengakap sahaja dan para Pemimpin Pengakap dewasa adalah tidak layak untuk penganugerahan.

Syarat-syarat Pencalonan Pengakap Raja

Sebelum seseorang Pengakap itu dicalonkan untuk Anugerah Pengakap Raja dan dianugerahkan Sijil Pengakap Raja dan Lencana Pengakap Raja, dia perlu menghadiri dan melalui saru Perkhemahan Pentarafan Pengakap Raja dengan berjayanya.

Syarat-syarat Lencana sebelum seseorang Pengakap itu layak untuk menghadiri Ujian Perkhemahan Pentarafan Pengakap Raja”


- Lulus Ujian Lencana Keahlian ( Tenderfoot ), Lencana Usaha, Lencana Maju , Lencana Jaya dan 8 Lencana Kepandaian serta memperolehi Rambu Pengakap Muda ( Scout Cord);

- Lulus Lencana-Lencana Tertinggi Pengakap Raja iaitu Lencana Jaya Diri, Lencana Kemahiran, Lencana Kegiatan, Lencana Perkhidmatan dan Lencana Ekspedisi serta memperolehi Rambu Pengakap Remaja ( Senior Scout Cord); dan


- Lulus Ujian Sikap Pengakap Raja dimana antara lainnya menghadiri satu Kem Pengembaraan.

LATIHAN INTENSIF PENGAKAP RAJA

OBJEKTIF LATIHAN


1. Untuk memudahkan para pengakap muda dan remaja mempelajari ilmu pengakap dan menggalakkan mereka mengambil ujian Lencana Tertinggi Pengakap untuk mendapatkan Rambu Pengakap Remaja.

2. Bertujuan untuk memberi penerangan dan panduan kepada para pengakap tentang cara peyediaan buku log dengan lebih kemas dan lengkap untuk ke Pentarafan Pengakap Raja.

3. Membuat penilaian ke atas diri para pengakap sama ada layak atau tidak untuk mejalani Pentarafan Pengakap Raja.

4. Membentuk para pengakap menjadi seorang Pengakap Raja yang berkemahiran tinggi dan berguna pada masyarakat.


MATLAMAT.

Diharap dengan Program Latihan ini dapat melahirkan para pengakap dikalangan muda dan remaja untuk menjadi seorang Pengakap Raja yang berkualiti dan berguna supaya mampu menjadi seoramg pemimipin yang baik serta menjadi contoh kepada para lapis pengakap yang lain.Dengan itu diharapkan juga latihan yang telah diaturkan oleh Pasukan Latihan Daerah Titiwangsa ini dapat membantu mereka dalam mencapai ANUGERAH PENGAKAP RAJA kerana anugerah ini adalah anugerah yang tertinggi yang mana diikitirafkan oleh Agong dan Raja-Raja di dalam Malaysia.


LENCANA TERTINGGI

LENCANA TERTINGGI terbahagi kepada 5 jenis lencana yang wajid lulus untuk anugerah Rambu Pengakap Remaja :-


1. LENCANA JAYADIRI

2. LENCANA KEMAHIRAN

3. LENCANA KEGIATAN

4. LENCANA EKSPEDISI

5. LENCANA PERKHIDMATAN

SUKATAN SKIM LIMA LENCANA TERTINGGI:-


LENCANA JAYADIRI

1. Mengetahui fungsi-fungsi Parlimen.

2. Melukis dan menerangkan rupa bentuk bendera semua negeri dalam Malaysia. Mengetahui makna lambang Malaysia serta lambang negeri yang lain.

3. Menerangkan fungsi satu daripada agensi kerajaan atau badan berkanun seperti UDA, MARDI, MARA,FELDA, LPN, PETRONAS dan lain-lain.

4. Melukis peta negeri masing-masing dan menunjukkan kawasan Parlimen serta nama ahli Parlimen yang berkenaan.

5. Menyediakan buku log peribadi


LENCANA KEMAHIRAN

1. Mengetahui lebih tentang ilmu latihan asas perbarisan seperti yang dikehendaki dalam Lencana Usaha,Maju, Jaya seperti Kawad tongkat dan cara membawa bendera. Telah melatih dengan jayanya satu unit Pengakap dalam kawad kaki.

2. Mengetahui cara mengikat serta menerangkan kegunaan simpulan dan ikatan:-

a) Simpul tapak kucing ( Catspaw )
b) Simpul raga ( Carrick bend )
c) Simpul Serban ( Turk’s head )
d) Simpul Buaian ( Scaffold hitch )
e) Lilit berkas tingkat ( Racking bend )
f) Genggam monyet ( Monkey fist )
g) Sambat pendek ( Short splice )
h) Ikat jepun ( Japenese lashing )
i) Ikat filipina ( Filipino lashing )
j) Takal tali ( Rope tackerl / harvester’s hitch )

3. Mengetahui cara membuat dan menggunakan sistem takal dan pancang dogang ( Anchorage ) iaitu:-
a) 3-2-1
b) Log dan picket
c) Dead-man

4. Membina satu projek perintis ( Pioneering project ) secara berpatrol seperti Menara, Jambatan atau “ Aerial runway “ tidak kurung daripada 5 meter tinggi panjang.

5. Mengetahui tentang asas pemetaan ( Orienteering ) dan cara membuat cross-bearing bagi mencari kedudukan di atas peta dengan menggunakan kompas.

6. Mengetahui ilmu kemahiran dalam hutan seperti membuat bivouac dan bermalam di dalamnya serta membuat perangkap yang mudah .Memasak secara “Backwoods” iaitu masakan rimba seperti nasi, ikan, telur dan daging.

7. Mengenali 5 jenis tapak haiwan dan membuat 2 jenis “Plaster cast”

8. Mengetahui cara membuat penganggaran ( estimation ) tinggi dan lebar .

9. Membuta satu model projek perintis dengan menggunakan buloh.

10. Melakukan perkara seperti berikut:-

a) Berenang 50 meter berpakaian lengkap.
b) Melempar seutas tali yang panjangnya 20 meter sejauh 12 meter supaya jatuh ke kawasan
antara dua pancang yang jaraknya 2 meter dengan mendapat 2 kejayaan daripada 3 kali lemparan.

ATAU

c) Mengetahui cara Abseil / Rappel, peralatan untuk abseil, langkah keselamatan berkenaan serta Melakukan 12 daripadanya:-

- melalui titi goyang
- melalui titi komando
- melalui titi pacak
- bergayut tali
- bergayut monyet
- merangkak “deadman’s crawl”
- merangkak dalam gelungan tayar
- merangkak bawah jaring
- melalui terowong
- memanjat tali
- memanjat pokok
- memanjat tangga
- memanjat tembok
- memanajat batang pokok

e) Menggunakan tindih kasih gelung atau simpul kerusi untuk menurunkan seorang yang cedera dari tempat tinggi- 5 meter ( pokok atau bangunan atau gaung curam ).


LENCANA KEGIATAN

1. Mengetahui pengetahuan yang cukup tentang peraturan dan langkah keselamatan serta menunjukkan kemahiran dalam satu kegiatan berikut yang berikut:-

a) PEMENTASAN
Mengambil bahagian utama sebagai pelakon atau pengarah dalam satu lakonan di peringkat sekolah atau mana-mana peringkat lain.

ATAU

b) BERTUKANG KAYU ATAU LOGAM
Membuat sebuah perabot yang berguna seperti bangku, tempat letak kasut, meja kecil, tempat
Sangkut tuala, rak buku dan sebagainya.

ATAU

c) TARIAN KEBUDAYAAN
Menari satu jenis tarian kebudayaan kebangsaan seperti joget, inang, canggung, zapin, sumazau,
Ngajat dan tarian –tarian yang terkandung dalam kebudayaan negara kita.


ATAU

d) KRAFTANGAN ATAU KERJA TANGAN
Membuat satu perkara berikut dengan usahanya sendiri:-

a) Ciptaan seni ukur / seni arca
b) Cap-mengecap batik
c) Anyaman tradisional
d) Lukisan mural
e) Jahitan / tenunan / tekat / gubahan / kait-mengait

ATAU

e) SENI MEMPERTAHANKAN DIRI
Memahirkan diri dalam sejenis seni mempertahankan diri seperti silat, kung fu, salambam, karate Tae kwan-do dan sebagainya.

ATAU

f) MUZIK
Dapat memainkan dengan baik sejenis alat muzik, moden, atau alat muzik tradisional

ATAU

g) URUSETIA
Mengelolakan satu perjumpaan seperti seminar, forum, khemah kerja dan sebagainya.

ATAU

h) PERTANIAN

a) Mengetahui cara membuat tut
b) Mengetahui campuran tanah untuk tut pada bahagian pokok.
c) Menanam bahagian tut dan mengetahui campuran tanah di dalam beg atau pasu.

i) KOMPUTER

a) Mengetahui jenis komputer dan bahagian pada sebuah komputer.
b) Mengetahui cara menggendali sebuah mikrokomputer dan faham apa itu DOS ( Disk
Operating System )
c) Mengetahui kegunaan komputer di pejabat dan industri.
d) Mengetahui jenis perisian yang terbaru dari segi penggunaan.
e) Menyediakan dengan memuatkan satu pengaaturcaraan komputer ( BASIC) dan sebagainya
Atau dalam kemahiran seperti berikut:-
- Pemprosesan perkataan seperti WORDSTAR, PROFESSIONAL WRITE dan sebagainya.
- Sistem pengurusan pangkalan data seperti DBASE.


LENCANA EKSEPEDISI

1. LATIHAN EKSPEDISI


Mengetahui keperluan peribadi dan patrol untuk ekspedisi dan menunjukkan kaedah membungkus dan membawa bekalan yang lengkap bagi pengembaraan selama 24jam yang beratnya tidak lebih daripada 15 kg, termasuk 10 kg, barang makanan. Dia hendaklah bersedia menyediakan dan menyusunnya di dalam beg sandang ( Haversack ).

2. EKSPEDISI


Mengambil bahagian dalam ekspedisi selama 24jam dan setiap kumpulan terdiri daripada 4 hingga 8 orang dengan:-

a) Berjalan kaki sejauh 40km

ATAU

b) Berbasikal sejauh 120 km

ATAU

c) Berperahu atau berkayak sejauh 16 km. ( 8 km mundik dan 8 km mengilir )

ATAU

d) Berakit sejauh 30 km

ATAU

e) Mendaki bukit atau gunung ( mengikut keadaan tempatan ).

3. Satu laporan ( mengikut format yang ditetapkan ) yang lengkap berkenaan ekspedisi itu, dengan tulisan tangan, ditaip, dirakam dalam pita rakaman atau divideokan, hendaklah diserahkan kepada penguji tidak lewat daripada 10 hari selepas ekspedisi itu selesai dilakukan.

LENCANA PERKHIDMATAN

1. MENYELAMATKAN NYAWA.


Lulus dan mempunyai SATU sijil mana-mana satu kemahiran perkhidmatan yang berikut:-

a) Pertolongan Cemas – Sijil Peringkat Asas ( St John Ambulans atau Bulan Sabit Merah atau
Yang sertara )

b) Pemadam Api ( Sijil Asas Kebombaan )

c) Penyelamat Nyawa atau “ Bronze Medallian “ daripada Persekutuan Penyelamat Nyawa atau
badan-badan lain yang diiktiraf seperti Jabatan Pertahanan Awam

2. PERKHIDMATAN MASYARAKAT
Membuat kerja amal yang dilakui, kepada masyarakat selama 24jam dalam tempoh 9 hingga 12 bulan
; umpamanya menolong dalam Perkhemahan Daerah, Negeri atau Kebangsaan, banjir, bencana alam, di rumah ibadat, rumah kebajikan, khidmat tergempar apabila berlaku kebakaran, menuai padi dan mengambil bahagian dalam projek yang dianjurkan oleh pihak berkenaan ( Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung- JKKK ) atau seumpamanya.


Kesimpulan ...

Sejak permulaan Pergerakan Pengakap di England pada tahun 1908, Kepengakapan adalah bertujuan membina watak baik ( good character ), memperbangunkan kesihatan dan kekuatan jasmani ( health and strength ), mengajar pertukangan tangan dan kemahiran ( handicraft and skill ) dan mendorongkan semangat berkhidmat kepada orang lain ( service to others ).

Tujuan-tujuan ini telah diberikan pengiktirafan oleh Parlimen dalam Akta Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia 1968 di mana Persekutuan Pengalap-Pengakap Malaysia telah diperbadankan untuk menggalakan kewarnegaraan yang baik dikalangan budak-budak dengan membentuk watak ( character) mereka, dan bagi mencapai maksud ini, kaedah-kaedahnya adalah dengan latihan mereka dalam tabiat tajam pemerhatian, permatuhan dan berdikari ( habits of observation, obedience and self-reliance), menanamkan semangat taat setia dan bertimabng rasa (loyalty and thoughfulness for others), mengajar mereka perkhidmatan-perkhidamatan yang berguna kepada awam dan kemahiran-kemahiran yang berguna kepada diri mereka (servise useful to public and skill useful to themselves) dan menggalakkan pembangunan jasmani, akal dan jiwa ( physical, mental and spriritual development).




Tunggak pemangkin untuk mencapai tujuan-tujuan ini adalah program dan sukatan lencana-lencana Pengakap dimana para Pengakap didorong untuk mencabari diri sendiri untuk memperolehi kemahiran-kemahiran berguna dan pada masa yanga sama membentuk watak dengan sikap taat setia, hormat, adil, berdisplin, bertekun,bersemangat kuat, bertabah hati, bertanggungjawab dan berdikari; berkhidmat kepada orang lain; dan emmbinakan kesihatan jasmani, akal dan jiwa.