Saudara/i yang saya hormati dan kasihi,
Salam Pengakap!
Antara tujuan-tjuan PPM adalah bagi memajukan anak-anak menjadi rakyat yang baik dengan membentuk sifat perangainya, menanamkan semangat taat setia dan menimbangkan orang lain, memajukan kesihatan tubuhnya, fikirannya dan semangatnya terhadap ugama.
Dasar dan amalan PPM adalah berdasarkan kepada Undang-Undang Pengakap dan Persetiaan Pengakap.
Antara ayat Persetiaan Pengakap adalah seseorang Pengakap berjanji dan bersetia dengan seberapa daya upaya dia untuk menolong orang pada setiap masa dan juga menurut Undang-Undang Pengakap.
Berikut adalah diantara Undang-Undang Pengakap yang sepuluh:
No.3 - Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna, dan menolong orang pada setiap masa.
No. 4 - Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan saudara kepada lain-lain Pengakap walau apa negeri, pangkat dan ugama sekali pun.
Dalam masa yang sama, Perlembagaan PPM juga menegaskan bahawa PPM tidak ada perhubungan dengan mana-mana badan politik. Pengakap tidak boleh mengambil bahagian dalam mesyuarat-mesyuarat atau gerakkerja-gerakerja politik. (rujuk:POR 18(1))
Mana-mana Pengakap tidak boleh digunakan pada bila-bila masa pun bagi dakyah politik untuk memberi faedah kepada sesuatu parti politik. (rujuk POR 18(2))
Walau bagaimanapun Seseorang Pengakap boleh membantu KERAJAAN MALAYSIA yang di bentuk mengikut Perlembagaan walau daripada apa parti atau parti-parti sekalipon yang membentuk kerajaan itu. (rujuk POR 18(2))
Pengakap juga tidak boleh memberi sokongan (termasuk sokongan politik) terhadap mana-mana perbalahan perindustrian (termasuk politik) melainkan kerja yang di minta itu adalah kerja-kerja sukarela untuk mengelakkan kemalangan awam yang buruk atau menyusahkan disebabkan oleh Keadaan itu. (Rujuk POR 19)
Pencerobohan dan pembunuhan oleh Israel terhadap rakyat Palastin harus di kutuk, tetapi sebagai seorang Pengakap kita tidak seharusnnya berpiket dijalanan. Ini Bukan Budaya Pengakap. Apa yang harus kita lakukan ialah kita harus berbincang dengan sahabat-sahabat kita di seluruh dunia supaya bersatu dan mendesak saudara Pengakap di Israel untuk mendesak pemerintahan mereka supaya memberhentikan keganasan yang tidak ada perikemanusiaan ini.
Dengan Masa yang sama, Kita harus berkempen kepada seluruh dunia Pengakap supaya memboikot barangan Israel dan barang-baran yang memberi sumbangan secara langsung dan tidak langsung kepada kekuatan Israel.
Setiap Pengakap harus setia berdoa Kepada Tuhan supaya keganasan ini di selesaikan.
Setiap Pengakap Muslims harus berterusan mengadakan solat-solat hajat memohon kepada Allah untuk memberi petunjuk yang baik kepada semua.
Sekian,
Salam Pengakap
SC PPMWPKL