Sabtu, Januari 03, 2009

MISI & VISI PPM WP KUALA LUMPUR

The Motto

The Slogan of the Scout is "Be Prepared." This was adopted, with much of the uniform, from the South African Constabulary. The men of the Force chose that motto for themselves partly because it spoke to their readiness to take on any kind of duty at any time, and also because it brought in my initials
~Lord Baden-Powell~
________________________________________________


Visi, Misi dan Strategi PPMWPKL
Bagi Tahun 2009-2012

VISI

" PPMWPKL akan menjadikan Pergerakkan Pengakap sebagai wadah pilihan utama dan penyelesai terbaik bagi masalah-masalah Anak-Anak Muda, Remaja dan Belia yang terdiri dari berbagai kaum di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur".

MISI

Mempengakapkan anak-anak muda, Remaja dan Belia. PPM WPKL akan berusaha menyakinkan anak-anak muda, remaja dan belia termasuk Ibubapa mereka, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan, Kementerian hal ehwal Wanita dan kemasyarakatan, dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk menceburkan diri secara sukarela untuk bergerak bersama dan seiring di dalam dan seiring dengan Persekutuan Pengakap Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPMWPKL). Walau bagimanapun ini tidak bererti bahwa seluruh anak-anak muda, remaja dan belia di Kuala Lumpur akan di Pengakapkan tetapi akan hanya mempelawa mereka yang menpunyai atau yang ingin mempunyai jiwa dan prilaku yang sesuai dengan cara hidup pengakap berdasarkan persetiaan dan Undang-Undang Pengakap yang di gariskan di dalam Akta Pengakap 1968 dan POR PPM. Dalam jangka dua tahun ini, PPMWPKL akan berusaha mendaftarkan sekurang-kurangnya 30 ribu Pengakap Kanak-Kanak, Muda dan Remaja dan 15 ribu Pengakap Kelana dan Kelana Kanan.

Membina anak-anak muda, remaja dan belia supaya mempunyai jiwa dan watak Pengakap, berlandaskan iman dan taqwa (bagi yang berugama Islam), mematuhi ajaran Ugama masing-masing (bagi yang bukan Islam) serta selalu mengikuti perkembangan ilmu pengetahuan kepengakapan yang betul dengan mengunakan teknologi dan kaedah terkini. Semua program –program dan latihan kepengakapan yang dilaksanakan hendaklah dilandaskan keimanan dan ketaqwaan. Kaedah Kepengakapan PPM WPKL akan sentiasa dibanggunkan dan di kembangkan supaya anak-anak muda, remaja dan belia di Kuala Lumpur dapat mengikuti perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi yang terkini yang sesuai dengan kehidupan dan keperluan semasa. PPMWPKL juga akan berusaha melatih dan mengeluarkan Pengakap Raja yang berkualiti, iaitu 100 remaja bagi tahun 2009, 150 remaja bagi tahun 2010, 200 remaja bagi setiap tahun 2011 dan 2012.

Membentuk anak-anak muda, remaja dan belia di Kuala Lumpur supaya menjadi satu bangsa yang berpatriotik, beriman, bertakwa dan mempunyai jiwa yang sanggup membela kedaulatan Raja-Raja yang Memerintah, Negara dan keseluruhan rakyat yang memerlukan perkhidmatan masyarakat dengan penuh sukarela tanpa mengharapkan sebarang balasan kebendaan. Untuk melaksanakan tugas ini, PPM WPKL akan menyediakan keahlian yang teramai dan akan menjalankan latihan-latihan dan program-program yang mampu mengerakkan Persekutuan Pengakap di Kuala Lumpur ini menjadi kumpulan yang mahir dan separa mahir yang boleh di harapkan di dalam perbagai bidang perkhidmatan dan kemahiran dan boleh di percayai oleh Rakyat dan juga Kerajaan. Kemahiran Kepengakapan ini akan meliputi bidang biasa di darat, perairan dan juga udara.

Menggerakkan ahli-ahli Pengakap agar menjadi orang yang penyayang dan berguna kepada Masyarakat dan bersedia menolong orang setiap masa dan juga perihatin terhadap masalah-masalah kemasyarakatan. PPM WPKL juga akan mengerakan ahli-ahli yang supaya akan menjadi orang yang penyayang kepada haiwan dan juga perihati kepada alam sekitar. PPMWPKL akan memantapkan jati diri setiap ahlinya berdasarkan persetiaan Pengakap, Undang-Undang Pengakap dan juga Rukun Negara demi mempamerkan kehormatannya dan sekaligus dapat pencerminan seorang Pengakap yang tanggap terhadap permasalahan pada ruang lingkup persekitarannya.

Menjadikan Pengakap suatu tempat beriadah dan bersukaria yang mempunyai tujuan bagi setiap anak-anak muda, remaja dan belia. Setiap aktiviti Pengakap adalah akan dilakukan dengan secara sukarela dan riang ria. Setiap riadah yang di jalankan akan mempunyai tujuan dan motif pembanggunan watak setiap ahli Pengakap. Usaha akan dilaksanakan supaya setiap pengakap akan merasakan setiap Pengakap yang lain adalah bersaudara. PPMWPKL akan menentukan bahawa setiap anak-anak muda, remaja dan belia dari berbagai kaum dan ugama akan bersatu dan bersetia demi bangsa dan Negara. PPMWPKL akan mengadakan perkhemahan-perkhemahan muhibah setiap musim cuti panjang dan akan menjadi tuan rumah bagi Jambori antarabangsa yang terbaik di dunia sepena menyambut ulang tahun kepengakapan ke 100 tahun di Kuala Lumpur pada tahun 2010. Dengan ini ahli-ahli Pengakap bukan sahaja akan dapat bersahabat dan bertukar budaya sesama rakyat Malaysia tetapi berpeluang mendapat menyambung silatulrahim mereka ke seluruh dunia di usia yang muda.

Mempelawa dan melatih lebih ramai pengakap dewasa dan mereka yang berminat kerja-kerja pembangunan anak-anak muda, remaja dan belia untuk tampil kehadapan secara sukarela untuk menjadi Pesuruhjaya, Jurulatih, Kaunselor, dan Pemimpin bagi anak-anak muda, remaja dan belia ini supaya mereka boleh bergerak ke landasan yang sepatutnya. Orang-orang dewasa ini akan di beri latihan kepimpinan kepengakapan dan dengan masa yang sama akan di latih khas dalam bidang-bidang psikologi dan kaunseling pendidikan luar bilik darjah, pendidikan melalui pengalaman, pengurusan risiko, aspek-aspek perundangan dalam aktiviti rekreasi dan latihan luar rumah dan berbagai lagi sehingga mereka menjadi tenaga yang mahir dan juga menjadi Pengakap dewasa.

STRATEGI

Meningkatkan Minat Berpengakap. PPMWPKL akan memperbagaikan aktiviti pengakap dan akan memgedarkan risalah, poster dan juga buletin supaya pengakap ini lebih mudah difahami dan sekaligus diminati oleh semua kaum muda, remaja dan belia untuk dapat ikut bergiat didalamnya dan sekaligus dapat menjawab tentangan dan permasalahan yang dihadapi secara dalaman dan luaran PPMWPKL. Untuk menambahkan jumlah ahli yang berkualiti dan berwatak yang di perlukan, selain dari penyebaran maklumat, PPMWPKL akan menggerakkan strategi pengambilan melalui rakan-rakan di mana setiap Pengakap akan menjemput sekurang-kurangnya seorang rakan yang mempunyai pontensi watak yang baik untuk menyertai Pengakap setiap sebulan. Selain dari Pengakap berasas kan sekolah, PPMWPKL akan mula membuka kumpulan terbuka Pengakap di kawasan perumahan/taman, kelab-kelab sukan, persatuan-persatuan belia dan sebagainya supaya sistem berpatrol dari kalangan masyarakat setempat boleh bergerak dengan lebih effektif.

Mengembangkan kegiatan Kepengakapan yang sesuai dengan trend dan minat kaum muda masa kini. Sistem Berpatrol akan di perkenalkan semula di mana kebebasan ahli-ahli memilih kegiatan yang di minati dan di pimpin oleh kalangan rakan sebaya sesama Pengakap. Kepengakapan adalah pada hakikatnya adalah kegiatan untuk kaum muda dan mereka harus di beri peluang untuk memilih apa yang mereka minat, dan sekaligus sebagai motivasi bagi ahli Pengakap untuk mengisi jatidiri dan selanjutnya dikembangkan melalui program Pengakap selagi ianya tidak bercanggah dengan skima-skima Pengakap yang ada. Setiap Aktiviti yang di lakukan mempunyai batas-batas moral dan keagamaan. Setiap aktiviti hendaklah bersepadu dengan tanggungjawab kepada Tuhan.

Mengembangkan program Pengakap Prihatin, Penyayang dan Patrotik. Program Pengakap perihatin,Penyayang dan Patrotik adalah untuk menciptakan rakyat yang memiliki watak dan jiwa patriotisme, memiliki integriti, moral dan ketrampilan sebagai rakyat yang berguna, Penyayang kepada sesama manusia, Binatang dan juga Alam Sekitar.

Memantapkan organisasi, Kepemimpinan dan sumberdaya Pengakap. Untuk meningkatkan peranan dan fungsi organisasi secara struktur diperlukan adanya konsolidasi yang baik dan teratur dan mendapatkan penyegaran organisasi sehingga dengan sendirinya akan berpengaruh pada kepemimpinan dan kesiapan sumber daya Pengakap. PPMWPKL akan megubah nasib setiap pengakap tidak kira umur dan bangsa melalui perniagaan supaya dapat mencapai objektif kepengakapan tanpa meminta-minta.

PPMWPKL akan mengujudkan kegiatan dan aktiviti yang terkini dan menarik minat orang-orang muda untuk menyertainya. Aktiviti yang lebih mencabar seperti, menunggang kuda, Payung Terjun, Penerbangan, Kapal Layar, Menyelam dan lain-lain akan di ujudkan. Membanyakkan aktiviti bercorak antarabangsa supaya ahli-ahli Pengakap dapat berinteraksi di luar kotak budaya yang ada dan dapat menilai kelemahan dan kehebatan diri apabila dapat peluang bergaul dengan Pengakap dari Negara luar di tanah air sendiri.

Mengujudkan Pemimpin Pengakap yang bertaraf dunia. Selain dari Latihan Manik Kayu mengikut skima PPM, PPMWPKL and mendedahkan semua pemimpinnya corak pepimpinan yang mampu mengubah watak ahli-ahli Pengakap seperti mana yang dicita-citakan oleh Negara. Pemimpin-pemimpin Pengakap akan dilatih tentang psikologi melatih orang muda melalui konsep Adventure Therapy, Experiential Education, Experiential learning, Perundangan dan Latihan Pengurusan kepimpinan, Pengurusan Risiko, Pengurusan keselamatan dan Pengurusan Krisis.


Catatan & sumber : Mejar (B) Mior Rosli Dato' Mohd Mior Jaafar.