Jumaat, Januari 30, 2009

Gerhana Matahari


Kelihatan awam menyelubungi matahri. peristiwa ini berlaku pada 26 Januari 2009 sekitar jam 5.54 petang di Perumahan Awam Sri Perlis 2,Kuala Lumpur.
Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari oleh itu menutup cahaya matahari. Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer.
Gerhana matahari boleh dibahagi kepada 3 iaitu
gerhana penuh, gerhana separuh, dan gerhana analus. Gerhana penuh apabila matahari ditutup sepenuhnya oleh bulan disebabkan bulan berada dekat ke bumi dalam orbit bujurnya, gerhana separuh apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari, dan gerhana analus yang terjadi apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari dan cahaya matahari selebihnya membentuk cincin bercahaya sekeliling bayangan bulan yang dikenali sebagai 'corona'.

Ahad, Januari 25, 2009

Kenangan bersama Pengembara dari Scout Morocco

Coretan ini mengenangkan Pengakap Titiwangsa bersama bekas Pesuruhjaya Pengakap Negeri WPKL serta 2 orang Pengembara dari Pengakap Negara Marocco.Mereka singgah di Negara ini sebagai pelengkap jadual perjalanan Pengembara.

Lawatan rasmi ke Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Morocco di Jalan Ampang Kuala Lumpur .Bersama Duta Morocco.

Under the slogan;Love, Peace & Tolerance, two Moroccan travelers ,Rachek Abdelkrim and Abdenaim Youssef have set out on a long journey on foot to tour 20 Arab and Asian countries starting from Morocco to the borders of Southeast Asia, namely China, Thailand, Malaysia and Indonesia. The two travelers come from Al Jadida, a Moroccan coastal city 90 Kilometers south from Casablanca, They both live in the same neighborhood. Rasheq, a plastic artist, who sees himself as an unofficial ambassador for his country, intends to introduce his country to others by organizing exhibitions of works of art in the countries they visit. Adenaem, who is interested in travel literature, believes that introducing the Moroccan culture to others and linking the Moroccan past to the present is the best presentation of Moroccan culture. It is worth mentioning that in 2002, the two Moroccan travelers went on a two month journey across Moroccon on foot from the north to the south( and from the sea to the desert).

Jumaat, Januari 23, 2009

Happy Chinese New Year

Gambar Kenangan Perkhemahan Kelana Titiwangsa di Teluk Bahang,Pulau Pinang di kirim oleh Sdr. Razik Tiksoy-Sabah. Beliau adalah bekas Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Titiwangsa dan sekarang telah berpindah dan menetap di Sabah. Pihak PPM Daerah Tiitiwangsa dan MPD Titiwangsa merakamkan ribuan terima kasih diatas sumbangan beliau membantu kemajuan Pengakap Daerah Titiwangsa.

Jumaat, Januari 16, 2009

Bersama Setiausaha MPD Titiwangsa


PESANAN PESURUHJAYA MEGERI

Saudara/i yang saya hormati dan kasihi,

Salam Pengakap!

Antara tujuan-tjuan PPM adalah bagi memajukan anak-anak menjadi rakyat yang baik dengan membentuk sifat perangainya, menanamkan semangat taat setia dan menimbangkan orang lain, memajukan kesihatan tubuhnya, fikirannya dan semangatnya terhadap ugama.

Dasar dan amalan PPM adalah berdasarkan kepada Undang-Undang Pengakap dan Persetiaan Pengakap.

Antara ayat Persetiaan Pengakap adalah seseorang Pengakap berjanji dan bersetia dengan seberapa daya upaya dia untuk menolong orang pada setiap masa dan juga menurut Undang-Undang Pengakap.

Berikut adalah diantara Undang-Undang Pengakap yang sepuluh:

No.3 - Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna, dan menolong orang pada setiap masa.
No. 4 - Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan saudara kepada lain-lain Pengakap walau apa negeri, pangkat dan ugama sekali pun.

Dalam masa yang sama, Perlembagaan PPM juga menegaskan bahawa PPM tidak ada perhubungan dengan mana-mana badan politik. Pengakap tidak boleh mengambil bahagian dalam mesyuarat-mesyuarat atau gerakkerja-gerakerja politik. (rujuk:POR 18(1))

Mana-mana Pengakap tidak boleh digunakan pada bila-bila masa pun bagi dakyah politik untuk memberi faedah kepada sesuatu parti politik. (rujuk POR 18(2))

Walau bagaimanapun Seseorang Pengakap boleh membantu KERAJAAN MALAYSIA yang di bentuk mengikut Perlembagaan walau daripada apa parti atau parti-parti sekalipon yang membentuk kerajaan itu. (rujuk POR 18(2))


Pengakap juga tidak boleh memberi sokongan (termasuk sokongan politik) terhadap mana-mana perbalahan perindustrian (termasuk politik) melainkan kerja yang di minta itu adalah kerja-kerja sukarela untuk mengelakkan kemalangan awam yang buruk atau menyusahkan disebabkan oleh Keadaan itu. (Rujuk POR 19)


Pencerobohan dan pembunuhan oleh Israel terhadap rakyat Palastin harus di kutuk, tetapi sebagai seorang Pengakap kita tidak seharusnnya berpiket dijalanan. Ini Bukan Budaya Pengakap. Apa yang harus kita lakukan ialah kita harus berbincang dengan sahabat-sahabat kita di seluruh dunia supaya bersatu dan mendesak saudara Pengakap di Israel untuk mendesak pemerintahan mereka supaya memberhentikan keganasan yang tidak ada perikemanusiaan ini.

Dengan Masa yang sama, Kita harus berkempen kepada seluruh dunia Pengakap supaya memboikot barangan Israel dan barang-baran yang memberi sumbangan secara langsung dan tidak langsung kepada kekuatan Israel.

Setiap Pengakap harus setia berdoa Kepada Tuhan supaya keganasan ini di selesaikan.

Setiap Pengakap Muslims harus berterusan mengadakan solat-solat hajat memohon kepada Allah untuk memberi petunjuk yang baik kepada semua.


Sekian,

Salam Pengakap

SC PPMWPKL

Rabu, Januari 14, 2009

Anugerah Belia Negara Peringkat Negeri 2006


Apakah itu Pengakap

APAKAH ITU PENGAKAP

Anda mungkin telah biasa dengan Pengakap dalam kehidupan seharian anda. Anda melihat mereka semasa di alam persekolahan dan sekarang pula di dalam alam kedewasaan. Ini adalah kerana Pengakapan di Malaysia ini telah menjangkau usia 100 tahun. Jika ditanya apakah itu Pengakap, jawapan yang pasti anda perolehi adalah seperti berkhemah, malam unggun api, mengembara, menolong orang dan lain-lain lagi. Tetapi apakah sebenarnya itu Pengakapan?
Pengakapan secara ringkasnya adalah suatu program aktiviti yang penuh dengan cabaran dan keseronokan untuk golongan muda-mudi dalam lingkungan umur 8 tahun keatas.

Pengakap adalah satu pergerakan Belia bertaraf antarabangsa untuk melatih golongan Belia dan muda-mudi agar menjadi warganegara yang berguna. Latihanya adalah berdasarkan kepada Persetiaan dan Undang-undang Pengakap serta prinsip-prinsip asas yang telah di perturunkan oleh pengasasnya Lord Baden Powell of Gilwell.

Pengakap merupakan suatu program-program aktiviti mempunyai ciri-ciri seperti berikut:-

-Situasi sebenar kehidupan Belia didalam masyarakat tempatan
-Hasil daripada minat Belia itu sendiri
-Ia mempunyai kelonggaran dimana apabila situasi baru timbul idea-idea tersebut boleh disalurkan secara terus menerus
-Ia adalah tersusun,progresif dan membuat Belia dapat merasakan serta mengecapi sesuatu dari masa ke semasa
-Ia adalah kreatif kerana ia memberi peluang kepada ahli-ahlinya untuk menunjukkan kepimpinan, inisiatif, berdikari, berusaha menghasilkan sesuatu yang asli dan membuahkan fikiran serta melahirkan perasan

Definisi Berpengakap

Pergerakan Pengakap diertikan sebagai pergerakan sukarela, bebas daripada politik untuk melatih generasi muda,terbuka kepada semua tanpa mengira asal usul, bangsa dan kepercayaan agama selaras dengan tujuan prinsip dan kaedah yang diilhamkan oleh pengasasnya

Prinsip-prinsip Berpengakap

-Prinsip dalam Pergerakan Pengakap boleh di dapati daripada Persetiaan dan Undang-undang Pengakap
-Kepercayaan Kepada Tuhan
-Tanggungjawab Kepada Masyarakat dan Negara
-Perkhidmatan Kepada Diri Sendiri

Isnin, Januari 05, 2009


The First Scoutmasters' Course at Gilwell Park, September, 1919
Baden-Powell is seated center in the front row.
______________________________________________






LORD BADEN POWELL OF GILWELL
G.C.M.G., G.C.V.O., K.C.B., LL.D., D.C.L.






The Scoutmaster's conjuring trick.


The Scoutmaster

The idea of Scouting thus seemed all right so far as the boy was concerned, but eager though he might be, to carry it out there was the all-important question of getting adult leadership to organize its administration in practice.
To a very considerable extent this question was settled by the boys themselves. They had the sense to recognize that grown-up officers were necessary, and they went around among the men of their respective neighborhoods until they found those willing to become their leaders.


__________________________________________

Scouting is not soldiering


________________________________________________



Uniform
For the boy a uniform is a big, attraction, and when it is a dress such as backwoodsmen wear it takes him in imagination to be directly linked up with those frontiersmen who are heroes to him.The uniform also makes for Brotherhood, since when universally adopted it covers up all differences of class and country.The Scout uniform, moreover, is simple and hygienic (a step now much in fashion) approximating that of our ancestors~Lord Baden-Powell~

Sabtu, Januari 03, 2009

MISI & VISI PPM WP KUALA LUMPUR

The Motto

The Slogan of the Scout is "Be Prepared." This was adopted, with much of the uniform, from the South African Constabulary. The men of the Force chose that motto for themselves partly because it spoke to their readiness to take on any kind of duty at any time, and also because it brought in my initials
~Lord Baden-Powell~
________________________________________________


Visi, Misi dan Strategi PPMWPKL
Bagi Tahun 2009-2012

VISI

" PPMWPKL akan menjadikan Pergerakkan Pengakap sebagai wadah pilihan utama dan penyelesai terbaik bagi masalah-masalah Anak-Anak Muda, Remaja dan Belia yang terdiri dari berbagai kaum di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur".

MISI

Mempengakapkan anak-anak muda, Remaja dan Belia. PPM WPKL akan berusaha menyakinkan anak-anak muda, remaja dan belia termasuk Ibubapa mereka, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan, Kementerian hal ehwal Wanita dan kemasyarakatan, dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk menceburkan diri secara sukarela untuk bergerak bersama dan seiring di dalam dan seiring dengan Persekutuan Pengakap Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPMWPKL). Walau bagimanapun ini tidak bererti bahwa seluruh anak-anak muda, remaja dan belia di Kuala Lumpur akan di Pengakapkan tetapi akan hanya mempelawa mereka yang menpunyai atau yang ingin mempunyai jiwa dan prilaku yang sesuai dengan cara hidup pengakap berdasarkan persetiaan dan Undang-Undang Pengakap yang di gariskan di dalam Akta Pengakap 1968 dan POR PPM. Dalam jangka dua tahun ini, PPMWPKL akan berusaha mendaftarkan sekurang-kurangnya 30 ribu Pengakap Kanak-Kanak, Muda dan Remaja dan 15 ribu Pengakap Kelana dan Kelana Kanan.

Membina anak-anak muda, remaja dan belia supaya mempunyai jiwa dan watak Pengakap, berlandaskan iman dan taqwa (bagi yang berugama Islam), mematuhi ajaran Ugama masing-masing (bagi yang bukan Islam) serta selalu mengikuti perkembangan ilmu pengetahuan kepengakapan yang betul dengan mengunakan teknologi dan kaedah terkini. Semua program –program dan latihan kepengakapan yang dilaksanakan hendaklah dilandaskan keimanan dan ketaqwaan. Kaedah Kepengakapan PPM WPKL akan sentiasa dibanggunkan dan di kembangkan supaya anak-anak muda, remaja dan belia di Kuala Lumpur dapat mengikuti perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi yang terkini yang sesuai dengan kehidupan dan keperluan semasa. PPMWPKL juga akan berusaha melatih dan mengeluarkan Pengakap Raja yang berkualiti, iaitu 100 remaja bagi tahun 2009, 150 remaja bagi tahun 2010, 200 remaja bagi setiap tahun 2011 dan 2012.

Membentuk anak-anak muda, remaja dan belia di Kuala Lumpur supaya menjadi satu bangsa yang berpatriotik, beriman, bertakwa dan mempunyai jiwa yang sanggup membela kedaulatan Raja-Raja yang Memerintah, Negara dan keseluruhan rakyat yang memerlukan perkhidmatan masyarakat dengan penuh sukarela tanpa mengharapkan sebarang balasan kebendaan. Untuk melaksanakan tugas ini, PPM WPKL akan menyediakan keahlian yang teramai dan akan menjalankan latihan-latihan dan program-program yang mampu mengerakkan Persekutuan Pengakap di Kuala Lumpur ini menjadi kumpulan yang mahir dan separa mahir yang boleh di harapkan di dalam perbagai bidang perkhidmatan dan kemahiran dan boleh di percayai oleh Rakyat dan juga Kerajaan. Kemahiran Kepengakapan ini akan meliputi bidang biasa di darat, perairan dan juga udara.

Menggerakkan ahli-ahli Pengakap agar menjadi orang yang penyayang dan berguna kepada Masyarakat dan bersedia menolong orang setiap masa dan juga perihatin terhadap masalah-masalah kemasyarakatan. PPM WPKL juga akan mengerakan ahli-ahli yang supaya akan menjadi orang yang penyayang kepada haiwan dan juga perihati kepada alam sekitar. PPMWPKL akan memantapkan jati diri setiap ahlinya berdasarkan persetiaan Pengakap, Undang-Undang Pengakap dan juga Rukun Negara demi mempamerkan kehormatannya dan sekaligus dapat pencerminan seorang Pengakap yang tanggap terhadap permasalahan pada ruang lingkup persekitarannya.

Menjadikan Pengakap suatu tempat beriadah dan bersukaria yang mempunyai tujuan bagi setiap anak-anak muda, remaja dan belia. Setiap aktiviti Pengakap adalah akan dilakukan dengan secara sukarela dan riang ria. Setiap riadah yang di jalankan akan mempunyai tujuan dan motif pembanggunan watak setiap ahli Pengakap. Usaha akan dilaksanakan supaya setiap pengakap akan merasakan setiap Pengakap yang lain adalah bersaudara. PPMWPKL akan menentukan bahawa setiap anak-anak muda, remaja dan belia dari berbagai kaum dan ugama akan bersatu dan bersetia demi bangsa dan Negara. PPMWPKL akan mengadakan perkhemahan-perkhemahan muhibah setiap musim cuti panjang dan akan menjadi tuan rumah bagi Jambori antarabangsa yang terbaik di dunia sepena menyambut ulang tahun kepengakapan ke 100 tahun di Kuala Lumpur pada tahun 2010. Dengan ini ahli-ahli Pengakap bukan sahaja akan dapat bersahabat dan bertukar budaya sesama rakyat Malaysia tetapi berpeluang mendapat menyambung silatulrahim mereka ke seluruh dunia di usia yang muda.

Mempelawa dan melatih lebih ramai pengakap dewasa dan mereka yang berminat kerja-kerja pembangunan anak-anak muda, remaja dan belia untuk tampil kehadapan secara sukarela untuk menjadi Pesuruhjaya, Jurulatih, Kaunselor, dan Pemimpin bagi anak-anak muda, remaja dan belia ini supaya mereka boleh bergerak ke landasan yang sepatutnya. Orang-orang dewasa ini akan di beri latihan kepimpinan kepengakapan dan dengan masa yang sama akan di latih khas dalam bidang-bidang psikologi dan kaunseling pendidikan luar bilik darjah, pendidikan melalui pengalaman, pengurusan risiko, aspek-aspek perundangan dalam aktiviti rekreasi dan latihan luar rumah dan berbagai lagi sehingga mereka menjadi tenaga yang mahir dan juga menjadi Pengakap dewasa.

STRATEGI

Meningkatkan Minat Berpengakap. PPMWPKL akan memperbagaikan aktiviti pengakap dan akan memgedarkan risalah, poster dan juga buletin supaya pengakap ini lebih mudah difahami dan sekaligus diminati oleh semua kaum muda, remaja dan belia untuk dapat ikut bergiat didalamnya dan sekaligus dapat menjawab tentangan dan permasalahan yang dihadapi secara dalaman dan luaran PPMWPKL. Untuk menambahkan jumlah ahli yang berkualiti dan berwatak yang di perlukan, selain dari penyebaran maklumat, PPMWPKL akan menggerakkan strategi pengambilan melalui rakan-rakan di mana setiap Pengakap akan menjemput sekurang-kurangnya seorang rakan yang mempunyai pontensi watak yang baik untuk menyertai Pengakap setiap sebulan. Selain dari Pengakap berasas kan sekolah, PPMWPKL akan mula membuka kumpulan terbuka Pengakap di kawasan perumahan/taman, kelab-kelab sukan, persatuan-persatuan belia dan sebagainya supaya sistem berpatrol dari kalangan masyarakat setempat boleh bergerak dengan lebih effektif.

Mengembangkan kegiatan Kepengakapan yang sesuai dengan trend dan minat kaum muda masa kini. Sistem Berpatrol akan di perkenalkan semula di mana kebebasan ahli-ahli memilih kegiatan yang di minati dan di pimpin oleh kalangan rakan sebaya sesama Pengakap. Kepengakapan adalah pada hakikatnya adalah kegiatan untuk kaum muda dan mereka harus di beri peluang untuk memilih apa yang mereka minat, dan sekaligus sebagai motivasi bagi ahli Pengakap untuk mengisi jatidiri dan selanjutnya dikembangkan melalui program Pengakap selagi ianya tidak bercanggah dengan skima-skima Pengakap yang ada. Setiap Aktiviti yang di lakukan mempunyai batas-batas moral dan keagamaan. Setiap aktiviti hendaklah bersepadu dengan tanggungjawab kepada Tuhan.

Mengembangkan program Pengakap Prihatin, Penyayang dan Patrotik. Program Pengakap perihatin,Penyayang dan Patrotik adalah untuk menciptakan rakyat yang memiliki watak dan jiwa patriotisme, memiliki integriti, moral dan ketrampilan sebagai rakyat yang berguna, Penyayang kepada sesama manusia, Binatang dan juga Alam Sekitar.

Memantapkan organisasi, Kepemimpinan dan sumberdaya Pengakap. Untuk meningkatkan peranan dan fungsi organisasi secara struktur diperlukan adanya konsolidasi yang baik dan teratur dan mendapatkan penyegaran organisasi sehingga dengan sendirinya akan berpengaruh pada kepemimpinan dan kesiapan sumber daya Pengakap. PPMWPKL akan megubah nasib setiap pengakap tidak kira umur dan bangsa melalui perniagaan supaya dapat mencapai objektif kepengakapan tanpa meminta-minta.

PPMWPKL akan mengujudkan kegiatan dan aktiviti yang terkini dan menarik minat orang-orang muda untuk menyertainya. Aktiviti yang lebih mencabar seperti, menunggang kuda, Payung Terjun, Penerbangan, Kapal Layar, Menyelam dan lain-lain akan di ujudkan. Membanyakkan aktiviti bercorak antarabangsa supaya ahli-ahli Pengakap dapat berinteraksi di luar kotak budaya yang ada dan dapat menilai kelemahan dan kehebatan diri apabila dapat peluang bergaul dengan Pengakap dari Negara luar di tanah air sendiri.

Mengujudkan Pemimpin Pengakap yang bertaraf dunia. Selain dari Latihan Manik Kayu mengikut skima PPM, PPMWPKL and mendedahkan semua pemimpinnya corak pepimpinan yang mampu mengubah watak ahli-ahli Pengakap seperti mana yang dicita-citakan oleh Negara. Pemimpin-pemimpin Pengakap akan dilatih tentang psikologi melatih orang muda melalui konsep Adventure Therapy, Experiential Education, Experiential learning, Perundangan dan Latihan Pengurusan kepimpinan, Pengurusan Risiko, Pengurusan keselamatan dan Pengurusan Krisis.


Catatan & sumber : Mejar (B) Mior Rosli Dato' Mohd Mior Jaafar.