Jumaat, April 10, 2009

KHIDMAT PENGAKAP DI TEMASYA SUKAN SK. DATUK KERAMAT 1




Pada 5 April 2009 ( Ahad) ,Temasya Sukan Kebangsaan Datuk Keramat 1 telah di adakan di Padang SK. Jalan Gurney 1,Kuala Lumpur.Perasmian disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Astaman Abdul Aziz, Pengerusi Yayasan Pendidikan Titiwangsa.


Seramai 20 orang Pengakap Remaja dari SMK. Seri Ampang dan 10 orang Kelana I Titiwangsa turut membantu memberi khidmat tenaga bagi menjaya Temasya Sukan tersebut. Pihak Pesuruhjaya Daerah Keramat merakamkan terima kasih kepada Guru Besar kerana memberi kepercayaan untuk diberi tugas am semasa Sukan tersebut.Tidak lupa kepada Cikgu Siri A'Afifah dan Puan Rukiyah Ismail yang banyak membantu dan menyelaraskan pergerakan Pengakap di sekolah ini.