Sabtu, April 25, 2009

PERHIMPUNAN PENGAKAP SEMPENA SAMBUTAN 100 TAHUN KEPENGAKAPAN DI MALAYSIA



Sambutan 100 tahun kepengakapan di Malaysia.

Pelbagai acara menarik diadakan seperti Pameran 100 tahun Pengakap di Malaysia serta Pameran Pengakap dari Pengakap WPKL. Persembahan Kompang Formasi ,Kawalan Kawad Tongkat Istiadat,Tarian Tradisional,tayangan slide 100 tahun.

Penyampaian Pingat 100 tahun kepada 100 bekas Pengakap serta Pemimpin yang banyak menyumbang membantu kepada Pengakap.

Dijangkakan tetamu kehormat terdiri daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin,Timbalan Perdana Menteri, Presiden Kehormat Pengakap Malaysia, Y.A.Bhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi, Menteri Belia dan Sukan,Menteri Penerangan, Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Ahad, April 19, 2009

UJIAN LENCANA KEAHLIAN

Ujian Lencana Keahlian akan diadakan di SMK. Seri Rampai pada 1,2,3 Mei 2009 .

Rabu, April 15, 2009

PERHIMPUNAN PENGAKAP 100 TAHUN



Venue:
Stadium Negara Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur, 50150 Malaysia

Date:
Saturday, April 25, 2009

Time:
07:30 to 17:00

Opening By:
Tan Sri Dr. Muhyiddin Yassin
H.E. Deputy Prime Minister of Malaysia

Eligibility:
All Registered Malaysian Scouts

Dress Code:
Full Uniform

Selasa, April 14, 2009

KEMPEN ECO FRIENDLY




Kempen Eco Friendly sempena Karnival International Year of Astronomy 2009 yang telah diadakan pada 12 April 2009 di Planetarium Negara Kuala Lumpur.Seramai 30 orang Pengakap Kelana Zon Keramat telah di beri amanah dan tanggungjawab sebagai Marshall untuk Aktiviti Treasure Hunt. Aktiviti bermula pada jam 10 pagi dan berakhir pada 3 petang dan dikendalikan oleh Encik Logeswaran , Penyelaras Aktiviti Treasure Hunt. Seramai 200 orang dari Persatuan /Pertubuhan Belia serta Pengakap turut mengambil bahagian di dalam acara tersebut.

Jumaat, April 10, 2009

KHIDMAT PENGAKAP DI TEMASYA SUKAN SK. DATUK KERAMAT 1




Pada 5 April 2009 ( Ahad) ,Temasya Sukan Kebangsaan Datuk Keramat 1 telah di adakan di Padang SK. Jalan Gurney 1,Kuala Lumpur.Perasmian disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Astaman Abdul Aziz, Pengerusi Yayasan Pendidikan Titiwangsa.


Seramai 20 orang Pengakap Remaja dari SMK. Seri Ampang dan 10 orang Kelana I Titiwangsa turut membantu memberi khidmat tenaga bagi menjaya Temasya Sukan tersebut. Pihak Pesuruhjaya Daerah Keramat merakamkan terima kasih kepada Guru Besar kerana memberi kepercayaan untuk diberi tugas am semasa Sukan tersebut.Tidak lupa kepada Cikgu Siri A'Afifah dan Puan Rukiyah Ismail yang banyak membantu dan menyelaraskan pergerakan Pengakap di sekolah ini.

Khamis, April 02, 2009

PERJUMPAAN PENGAKAP DI SMK SERI RAMPAI

Kumpulan Pengakap Ke-198 Daerah Keramat telah mengadakan perjumpaan pengakapnya bersama dengan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Keramat baru-baru ini. Sambil bekenalan dengan Pesuruhjaya Daerah Keramat, mereka juga telah didedahkan dengan ilmu-ilmu khas daripada seorang Pesuruhjaya Daerah. Antara topik yang dibincangkan adalh Sejarah Permulaan Pergerakan Pengakap, Skim Latihan dan juga maklumat kejadian yang akan datang.

Rabu, April 01, 2009

PERTANDINGAN KAWAD KAKI ZON KERAMAT





Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Zon Keramat pada 1 April 2009 ( Rabu ).
Anjuran oleh
Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan SMK. Wangsa Maju Sekyen 2.
Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh
YBhg. Tuan Haji Amran Bin Maskor,Timbalan Pengarah,Pejabat Pelajaran Keramat.
Johan Kawad kaki Kategori NGO Lelaki disandang oleh Pengakap SMK. Wangsa Maju R1,
Naib Johan di sandang oleh SMK. Wangsa Melawati dan
Temapat ketiga oleh SMK. Taman Setiawangsa.
Kategori NGO Ketua Platun Terbaik di perolehi dari SMK. Wangsa Maju R1.
Tahniah diucapkan oleh Dc Keramat.