Selasa, Disember 30, 2008

USUL PESURUHJAYA NEGERI

USUL-USUL DARI SC PPM WPKL untuk DI FIKIRKAN BERSAMA

Setelah 100 tahun Pergerakan Pengakap bertapak di Malaysia, adalah didapati banyak perkara telah terkeluar dari landasanya yang asal. Walaupun cara hidup rakyat dan teknologi kita telah banyak berubah, masalah sosial di kalangan budak-budak, remaja, dan belia dan beliawanis kita masih sama.

Saya ingin mengusulkan beberapa perkara dalam bentuk soalan dan cadangan seperti berikut demi untuk memperkasakan Persekutuan Pengakap Malaysia supaya ianya menjadi pertubuhan yang Agong dan terpilih di kalangan budak-budak, remaja, dan belia dan beliawanis kita. Saya berharap dengan menangani usul-usul yang di bentangkan, PPMWPKL akan dapat mencorak keperibadian kepimpinan yang terbaik untuk WPKL dan Negara di masa depan.

Saya harap semua Pesuruhjaya dan Pemimpin di bawah kepimpinan saya membaca dan memahami usul-usul yang saya kemukakan ini. Tolong sebarkan kepada mereka yang masih tidak membacanya. Sekiranya tuan-tuan dan puan-puan masih tidak faham maksud saya di sini, maka saya anggap ini adalah satu masalah ilmu yang harus diperbetulkan sebelum kita terkeluar dari landasan Pengakap yang sebenar.

Saya tidak mahu Pemimpin dewasa di PPMWPKL menjadi "SI BUTA MEMIMPIN SI BUTA"...

Tugas ini amat berat, maka saya mahukan semua yang memahami maksud saya di sini untuk terus berjuang bersama saya demi untuk anak-anak muda yang ada sekarang.

USUL PERTAMA

melandaskan semula TUJUAN LATIHAN KEPENGAKAPAN mengikut Akta Pengakap 1968 dan POR PPM

Menurut Seksyen 5 (1) Akta Pengakap 1968 tujuan PPM adalah untuk menggalakkan kewarganegaraan yang baik di kalangan budak-budak dengan membentuk watak mereka dan bagi mencapai maksud ini dengan:

(a) Melatih mereka mengenai perangai patuh, taat dan bergantung kepada diri sendiri;

(b) Menanam sifat-sifat setia dan bertimbang rasa kepada orang lain;

(c) Mengajar mereka perkhidmatan-perkhidmatan yang berguna untuk awam dan pertukangan tangan yang berguna untuk mereka sendiri; dan

(d) Memperbaiki kesuburan jasmani, akal dan rohani mereka.

Seksyen 5(2): Prinsip-prinsip dan amalan Perbadanan hendaklah berdasarkan kepada ikrar Pengakap dan Undang-Undang Pengakap dan prinsip-prinsip dan amalan-amalan lain sebagaimana yang diperuntukkan dalam Kaedah-Kaedah Perbadanan.

Peraturan 1(a) POR menyatakan bahawa tujuan PPM adalah untuk:

- memajukan anak-anak menjadi rakyat yang baik dengan membentuk sifat perangainya

- melatih tabiatnya supaya biasa tajam pemerhatiannya, menurut perintah dan menimbangkan orang lain

- mengajar mereka berkhidmat dan berguna kepada orang ramai, dan membuat sendiri benda-benda yang berguna bagi dirinya

- memajukan kesihatan tubuhnya, fikirannya dan semangatnya terhadap ugama.

Soalan:

Sejauh manakah Latihan Kepengakapan masa kini telah mencapai tujuan-tujuan ini?

Apakah modul dan pendekatan yang digunakan oleh Jurulatih bagi mencapai tujuan tersebut.

Adakah sebarang ukuran secara perangkaan telah di buat bagi melihat hasil Latihan tersebut?

Adakah Jurulatih-jurulatih di beri latihan yang terkini bagi memantapkan kebolehan mereka dalam membanggunkan keperibadian budak-budak dan orang muda menurut apa yang di cita oleh PPM?

Cadangan:

Adalah dicadangkan supaya kita mengkaji semula samada skima Latihan Budak-budak, Kelana dan Pemimpin menepati tujuan yang di gariskan di dalam Akta Pengakap 1968 dan POR. Sekiranya Akta Pengakap 1968 dan POR tidak menepati tujuan semasa WOSM, maka usaha membuat pindaan hendaklah di buat terhadap Akta dan POR.

Latihan Pengakap adalah mirip kepada kaedah ”Life Long Experiential Education”. Maka adalah di sarankan supaya semua jurulatih memahami Konsep dan Kaedah latihan sebegini supaya ianya diiktiraf oleh semua institusi global -yang membuat latihan Experiential yang mengunakan kaedah-kaedah
”Adventure-Based”, ”Adventure-Theraphy” atau ”Metaphroric”.

PPMWPKL disarankan juga membuat perangkaan dan mengunakan data-data tersebut bagi menilai sejauh mana latihan yang dijalankan mencapai tujuan dan objektif.


USUL KEDUA

Skima utama LATIHAN kePENGAKAPan

Menurut buku ”Scouting For Boys” Lord Baden Powell menekankan bahawa tujuan utama Kepengakapan adalah untuk membina budak-budak dalam hal-hal:

Keperibadian Diri
Kesihatan Diri dan Kekuatan Jasmani
Kerja tangan dan Kemahiran
Berkhidmat Untuk Awam

Untuk mencapai keperibadian Diri, Lord Baden Powell menyatakan bahawa mutu yang hendak di capai adalah:

· Mempunyai Sikap bertimbang rasa.
· Menghormati hak orang lain.
· Berdisplin.
· Membina sifat Kepimpinan.
· Bertanggungjawab.
· Menjaga maruah dan moral diri.
· Kesateriaan dan kepewiraan.
· Kemampuan berdikari.
· Mempunyai sikap berani.
· Sentiasa Riang.
· Daya pemikiran yang tinggi.
· Berugama dan taat pada Tuhan.
· Menghormati dan dihormati.
· Mempunyai harga diri.
· Taat dan Setia kepada Raja, Ketua dan Ibubapa.

Dan cara untuk mencapainya hendaklah melalui:

• Menjalankan kerja-kerja mengikut sistem berpatrol.
· Mengadakan Permainan “Team Building” secara berkumpulan.
· Court of Honor – Majlis Ketua Patrol
· Memahami dan mengamalkan Undang-Undang dan Persetiaan Pengakap.
· Kerja-kerja dan Aktiviti Pengakap.
· Mengadakan Khemah Ibadat
· Menghargai Alam Semulajadi.
· Mengkaji dan bercerita tentang alam.
· Astronomi.
· Sayang kepada binatang.
· Berkhidmat untuk orang.

Untuk mencapai taraf Kesihatan Diri dan Kekuatan Jasmani yang tinggi, Lord Baden Powell menyatakan bahawa cara untuk mencapainya hendaklah melalui amalan:

• Bertanggungjawab terhadap kesihatan diri.
· Ilmu Kesihatan.
· Kesederhanaan.
· Mengawal hawa nafsu.
· Berkhemah.
· Pembangunan Jasmani.
· Bersukan.
· Berenang.
· Mengembara.
· Mendaki dan aktiviti alam.


Untuk mencapai Kerja tangan dan Kemahiran , Lord Baden Powell menyatakan bahawa mutu yang hendak di capai adalah:

· Kemahiran Teknikal.
· Kebolehan mencipta.
· Intelektual
· Daya memerhati.
· Boleh membuat rumusan.
· Boleh menerangkan.

Dan cara untuk mencapainya hendaklah melalui amalan:

· Kerja Tangan Pengakap.
· Kemahiran Berkhemah.
· Pioneering.
· Penganugerahan melalui lencana-lencana terhadap perbagai kemahiran.
· Kegiatan masa lapang.
· Kemahiran di Hutan.
· Menjejak Binatang

Untuk mencapai Kerja tangan dan Kemahiran , Lord Baden Powell menyatakan bahawa mutu yang hendak di capai adalah:

· Tidak Mementingkan diri sendiri.
· Tanggungjawab sivik.
· Patriotisma.
· Berkhidmat untuk Negara.
· Berkhidmat untuk Kemanusiaan.
· Berkhidmat dan beribadat untuk Tuhan.

Dan cara untuk mencapainya hendaklah melalui amalan:

· Undang-Undang dan Persetiaan Pengakap.
· Menolong Orang.
· Bantuan Awalan Perubatan.
· Meyelamat Nyawa.
· Ahli Bomba.
· Pasukan Kemalangan.
· Pembantu Hospital.
· Lain-lain Perkhidmatan Masyarakat.


Cadangan:

a. Adalah dicadangkan supaya satu dasar di rancang dengan penuh teliti mengenai latihan diatas dan menerbitkan bahan rujukan supaya ianya dapat di laksanakan dengan terbaik.

b. Mengambil satu pendekatan moden seperti kaedah “Experiential Learning”dan “Experiential Education” dan melatih Jurulatih-Jurulatih supaya mereka benar-benar menjadi seorang sukarelawan yang mahir dalam bidang “Prosessing the Experience” bagi mengubahkan paradigma budak-budak, remaja dan belia-belia kita supaya menjadi rakyat yang lebih cermerlang.


USUL KETIGA

LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK HINGGA KE PENTARAFAN PENGAKAP RAJA

1. Latihan PENGAKAP KANAK-KANAK

Menurut Peraturan 7 kepada POR, Undang-Undang Pengakap Kanak-Kanak masih lagi Kekal hanya dua(2) Undang-Undang sahaja, tetapi amalan di semua peringkat Pengakap Kanak-Kanak adalah sama seperti Pengakap yang lain. Peraturan ini tidak boleh di pinda sesuka hati tanpa mendapat persetujuan WOSM. Lihat juga POR Peraturan 48.

Latihan Pengakap Kanak-Kanak bermula dengan ”Tenderpad” dan bukan ”Tenderfoot” atau Lencana Keahlian sepertimana yang diamalkan sekarang.

Latihan Pengakap Kanak-Kanak seterusnya adalah Bintang Satu dan Bintang Dua. Kemudian barulah layak untuk melayakkan diri untuk mendapat lencana kepandaian khas. Lihat POR 229(1) dan (2).

CADANGAN:

di cadangkan supaya ”Tenderpad” atau satu nama yang lain di kekalkan dan Bintang Satu dan Dua juga dikekalkan kerana skima yang diamalkan sekarang (Keris Gangsa, Perak dan Emas) terlalu banyak dan tidak mampu untuk dicapai.


USUL KEEMPAT

Latihan Pengakap Muda/Remaja

Menurut POR Latihan Pengakap adalah seperti berikut:

Tenderfoot – POR 243, 246(1), 247O (1)
Kelas Dua – POR 246(1)
Lencana - lencana kepandaian 246(2)
Kelas Satu – POR 246(1), 247P(1)
Bushman’s Thong, Lencana Kelasi atau Lencana Penerbangan –POR 247P(2)
Pengakap Raja –POR 247P(3)


Cadangan:

Dicadangkan skima asal dikekalkan kerana skima Usaha, Maju, Jaya terlalu panjang dan tidak mampu di laksanakan.


Pengakap Raja dan Pentarafannya

Adalah diperhatikan mutu sesetengah Pengakap yang telah di anugerahkan dengan Penganugerah Pengakap Raja tidak memuaskan dan tidak menunjukkan keperibadian yang sepatutnya.

Cadangan:

Dicadangkan semasa Pentarafan Pengakap Raja dibuat, perkara berikut hendaklah diberi tekanan yang lebih dari kemahiran pengakap:

a. Kesateriaan dan Patriotisma
b. Makna dan amalan RUKUNEGARA
c. Makna dan Amalan Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap
d. Meyediakan Buku Log mengenai khidmat Masyarakat yang telah dilakukan secara berterusan.
e. Perjanjian dan ikrar bawa Pengakap Raja itu akan terus berkhidmat samaada dengan Pengakap atau masyarakat sepanjang hayatnya DAN berjanji akan menunjukkan keperibadian yang habis baik selagi dia memegang penanugerahan itu.

USUL KELIMA

LATIHAN SISTEM BERPATROL DAN KETUA PATROL

Sistem berpatrol adalah suatu kaedah yang perlu dan yang membuat latihan pengakap berbeza dari badan-badan beruniform yang lain,. Tetapi apa yang berlaku sekarang ialah kebanyakan latihan yang dikendalikan adalah kursus Ketua Patrol tanpa mengutamakan kefahaman apakah sistem berpatrol itu sebenarnya.

Mengumpulkan 6 hingga 8 budak-budak di dalam Patrol dan melatih mereka sebagai unit-unit berbeza dibawah ketua tanggongjawab ketua mereka sendiri adalah kunci kepada troop yang baik. Patrol ini adalah unit-unit cara biasa Pengakap sama ada untuk berkerja atau bermain, untuk menjaga tatatertib atau untuk tugas.

Setiap Budak dalam Patrol perlu di beri kesedaran bahawa dia sendiri adalah unit yang bertanggungjawab dan kerhormatan kumpulannya bergantung kepada kemampuannya memainkan peranannya. Sistem berpatrol memberi kuasa yang bebas kepada ketua-ketua Patrol untuk menguruskan kegiatan dan pentadbiran Patrolnya.

Majlis Ketua Patrol (Patrol Leaders’ Council) dan “Court of Honour” adalah sebahagian yang sangat penting dalam sistem berpatrol. Ianya adalah satu Jawatankuasa Tetap yang dibimbing oleh Pemimpinnya, menyelesaikan hal-hal pentadbiran dan disiplin kumpulan. Ianya membanggunkan harga diri, hal-hal kebebasan yang bertanggungjawab dan menghormati peraturan dan undang-undang, dengan masa yang sama ianya mengalakkan amalan dalam tata cara yang berguna kepada setiap ahli secara individu dan kumpulan sebagai rakyat yang berguna untuk masa depan.

Majlis Ketua-Ketua Patrol ini bertanggunjawab terhadap hal-hal rutin dan pengurusan mengenai hal-hal kumpulan seperti hiburan, sukan dan lain-lain. Di dalam Majlis in Penolong-Penolong adalah juga menjadi ahli-ahli Majlis supaya mereka didedahkan dalam hal-hal Majlis. Walaubagimana pun “Court of Honour” mengandungi hanya Ketua-Ketua Patrol dan misi yang khas seperti mengendalikan kes-kes disiplin dan hal-hal anugerah.

Adalah penting agar Pemimpin Pengakap mengenal pasti mengenai nilai yang luar biasa yand dia boleh ujudkan dari Sistem Berpatrol ini. Awal mula , pertama mula Patrol adalah sekolah keperibadian untuk individu. Ianya memberi Ketua Patrol itu latihan di dalam tanggungjawab dan nilai kepimpinan. Kepada Pengakap-pengakap ia mengajar sikap menurut perintah demi kebaikan kumpulan, elemen-elemen kawalan diri sendiri yang terlibat dalam semangat kerjasama dan setia kawan.

Untuk mendapatkan hasil yang terbaik dari sistem ini kita beri kebebasan bertanggungjawab sepenuhnya kepada ketua budak-budak ini . Jika kita hanya beri separuh kebebasan kita hanya akan dapat separuh hasil juga. Objektif utama sistem berpatrol adalah untuk membangunkan keperibadian.

Pemimpin Pengakap yang mengharapkan kejayaan tidak boleh hanya belajar dari apa yang ditulis tentang Sistem Berpatrol dan kaedah-kaedahnya, tetapi hendaklah mempraktikkan cadangan-cadangan tentang apa yang dia baca. Yang paling penting dalam sistem ini adalah apa yang dilakukan , dan dengan cubaan yang berterusan sahaja barulah pengalaman boleh di capai oleh ketua-ketua patrol dan semua Pengakap-pegakap. Lebih banyak tanggungjawab yang kita berikan kepada mereka, pastinya mereka akan bertindak lebih dan hasilnya akan membentuk kekuatan dan keperibadian yang tinggi.

Di dalam buku Scouting for Boys, Pengasas Pergerakan Pengakap, Lord Baden Powell, mencadangkan bahawa sistem yang boleh menggaturkan semangat berkumpulan yang semula jadi adalah mengadakan sistem berpatrol di kalangan budak-budak lelaki ; dan dengan mengadakan ketua patrol dari kalangan budak-budak itu sendiri untuk menjadi ketua mereka. Lord Baden Powell berpendapat bahawa pemimpin budak-budak ini hendaklah terdiri dari mereka yang tertua dalam kumpulan itu. Oleh yang demikian, kita perlu mempunyai kemahiran dan perhatian yang lebih semasa melatih ketua-ketua budak-budak ini. Bantuan yang paling penting kepada kelancaran sistem berpatrol ini adalah terletak kepada memberi kesedaran dan latihan yang betul kepada Sistem berpatrol ini.

CADANGAN:

Adalah dicadangkan bahawa Pemimpin-Pemimpin Pengakap yang masih muda dan memerlukan ilmu dan bimbingan turut serta dalam kursus Ketua Patrol ini. Kursus ini tidak bertujuan untuk menggantikan apa-apa latihan formal yang diberikan kepada Pemimpin-Pemimpin Pengakap tetapi ianya lebih kepada bertujuan untuk memperkasakan tanggungjawab mereka , dan kerana terdapat juga Daerah-daerah yang tidak mempunyai kemudahan untuk membuat latihan ini. Buku panduan yang lengkap harus di ujudkan supaya dapat memberi satu garis panduan dan juga dapat menolong Pemimpin-Pemimpin Pengakap dan Ketua-Ketua Patrol dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.

Kursus Ketua Patrol yang menepati kehendak Pengakap yang sebenarnya harus dirangka dan dikendalikan di setiap Daerah dan akan di pimpin oleh Pemimpin-Pemimpin Pengakap yang paling berpengalaman dari semua Daerah dengan bantuan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Daerah. Dengan cara ini kita akan dapat mengumpulkan pengalaman yang terbaik secara holistik dan di dedahkan kepada setiap Ketua Patrol semasa kursus.

Adalah diharapkan Kursus Ketua Patrol seperti ini akan menarik minat budak-budak muda dan remaja untuk terus mempelajari ilmu Pengakapan dan memimpin adik-adik mereka yang lain supaya menjadi Pengakap yang sebenarnya, seterusnya konsep sistem berpatrol dalam kumpulan Pengakap dapat di praktikan dengan jayanya.

Akhir sekali adalah di tegaskan bahawa Patrol Pengakap adalah satu unit untuk latihan dan berorganisasi. Oleh yang demikian Pemimpin Pengakap mesti menentukan supaya setiap ketua patrol hendaklah di latih dalam tugas-tugas nya. Pemimpin Pengakap adalah bertanggungjawab atas perkara ini, dan kursus Ketua Patrol hendaklah di rancang untuk membantu mereka. Adalah di harapkan Buku Panduan ini akan membantu Pemimpin dan ketua patrol untuk mencapai tahap keberkesanan yang diperlukan dalam sesebuah kumpulan pengakap.

Pengakap belajar melalui perbuatan dan Pengakap akan belajar dengan lebih bersungguh-sungguh jika mereka suka apa yang mereka buat dan lakukan. Oleh yang demikian marilah kita membuat pengakapan satu tempat pembelajaran yang menyeronokkan”
Catatan & sumber : Sc Mejar Mior Rosli Bin Dato' Mior Mohd Jaafar

SCOUTING FOR BOYS

Scouting is a game for boys, under the leadership of boys, in which elder brothers can give their younger brothers healthy environment and encourage them to healthy activities such as will help them to develop Citizenship. Its strongest appeal is through Nature Study and Woodcraft. It deals with the individual, not with the Company. It raises intellectual as well as purely physical or purely moral qualities. At first it used to aim for these ends - now by experience we know that, where properly handled, it gains them.

Scouting is Simple

To an outsider Scouting must at first sight appear to be a very complex matter, and many a man is probably put off from becoming a Scoutmaster because of the enormous number and variety of things that he thinks he would have to know in
order to teach his boys. But it need not be so, if the man will only realise the following points:

1. The aim of Scouting is quite a simple one.

2. The Scoutmaster gives to the boy the ambition and desire to learn for himself by suggesting to him activities which attract him, and which he pursues till he, by experience, does them aright. (Such activities are suggested in Scouting for Boys).

3. The Scoutmaster works through his Patrol Leaders.

The Aim of Scouting

The aim of the Scout training is to improve the standard of our future citizenhood, especially in Character and Health; to replace Self with Service, to make the lads individually efficient, orally and physically, with the object of using that efficiency for service for their fellow-men.

Citizenship has been defined briefy as “active loyalty to the community." In a free country it is easy, and not unusual, to consider oneself a good citizen by being a law-abiding man, doing your work and expressing your choice in politics, sports, or activities, \leaving it to George" to worry about the nation's welfare. This is passive citizenship. But passive citizenship is not enough to uphold in the world the virtues of freedom, justice, and honour. Only active citizenship will do.

Sumber; SC Mior Rosli

Rabu, Disember 17, 2008

Asean Youth Info and Humanitarian Mission Malaysia-Combodia










Asean Youth Info and Humanitarian Mission Malaysia-Combodia

Organised by
Majlis Belia Wilayah Persekutuaan

dengan kerjasama
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

25 till 29 December 2008
Kampung Kandal, Phnom Penh and Siem Reap, COMBODIA



Encik Latiff Abu Hassan, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Titiwangsa merangkap Exco Majlis Belia Wilayah Persekutuan telah menyertai rombongan MBWP kemanusian di Kampung Kandal COMBODIA.






Rabu, September 03, 2008

PATROL SYSTEM


The Patrol System

The Patrol System is the one essential feature in which Scout training differs fromthat of all other organisations, and where the System is properly applied, it is absolutely bound to bring success. It cannot help itself!

The formation of the boys into Patrols of from six to eight and training them as separate units each under its own responsible leader is the key to a good Troop.

The Patrol is the unit of Scouting always, whether for work or for play, for discipline or for duty.

An invaluable step in character training is to put responsibility on to the individual. This is immediately gained in appointing a Patrol Leader to responsible command of his Patrol. It is up to him to take hold of and to develop the qualities of each boy in his Patrol. It sounds a big order, but in practice it works. Then, through emulation and competition between Patrols, you produce a Patrol spirit which is eminently satisfactory, since it raises the tone among the boys and develops a higher standard of efficiency all round. Each boy in the Patrol realizes that he is in himself a responsible unit and that the honour of his group depends in some degree on his own ability in playing the game.



Patrol Leaders' Council - Court of Honour

The Patrol Leaders' Council and Court of Honour is an important part of the Patrol System. It is a standing committee which, under the guidance of the Scoutmaster, settles the affairs of the Troop, both administrative and disciplinary. It develops in its members self-respect, ideals of freedom coupled with a sense of responsibility and respect for authority, while it gives practice in procedure such as is invaluable to the boys individually and collectively as future citizens.

The Patrol Leaders' Council takes charge of routine matters and the management of such affairs as Troop entertainments, sports, etc. In this Council it is often found convenient to admit the Seconds (Assistant Patrol Leaders) also as members, and, while getting their help, this incidentally gives them experience and practice in committee procedure. The Court of Honour, on the other hand, is composed solely of Patrol Leaders. The Court of Honour, as its name implies, has a rather exceptional mission, such as dealing with cases of discipline and questions of awards.

Values of the Patrol System

It is important that the Scoutmaster recognise the extraordinary value which he can get out of the Patrol System. It is the best guarantee for permanent vitality and success for the Troop. It takes a great deal of minor routine work off the shoulders of the Scoutmaster.

But first and foremost: The Patrol is the character school for the individual. To the Patrol Leader it gives practise in Responsibility and in the qualities of Leadership. To the Scouts it gives subordination of self to the interests of the whole, the elements of self-denial and self-control involved in the team spirit of cooperation and good comradeship.

But to get first-class results from this system you have to give the boy leaders real free-handed responsibility if you only give partial responsibility you will only get partial results. The main object is not so much saving the Scoutmaster trouble as to give responsibility to the boy, since this is the very best of all means for developing character.

The Scoutmaster who hopes for success must not only study what is written about the Patrol System and its methods, but must put into practice the suggestions he reads. It is the doing of things that is so important, and only by constant trial can experience be gained by his Patrol Leaders and Scouts. The more he gives them to do, the more will they respond, the more strength and character will they achieve.

Selasa, September 02, 2008

Moot Pengakap Kelana

APA KAH MOOT PENGAKAP?

Moot Pengakap adalah perjumpaan ahli-ahli pengakap yang lebih kanan dan tua yang seccara tradisinya di panggil Kelana (Rover). Perserta untuk Moot adalah dalam lengkongan umur 18 ke 26 tahun. Moots memberi peluang untuk Kelana di dalam Pengakap untuk berjumpa beramai-ramai dengan tujuan untuk memperbaiki pengetahuan antarabangsa mereka sebagai rakyat Dunia.

Sejarah Moot Pengakap Dunia.

“World Scout Moot” pertama telah di adakan pada tahun 1931 dan yang berikutnya telah diadakan setiap empat tahun sekali sehingga 1961. “World Moots” telah di gantikan dengan “World Moot Years” diantara tahun1965 dan 1982.

Perubahan ini adalah bertujuan untuk menambahkan acara-acara dan memudahkan Kelana-Kelana untuk menyertainya. Dalam tahun 1985, “World Scout Conference” telah membuat keputusan untuk mengujudkan semula “World Moots” dan, pada tahun 1993 keputusan telah di buat untuk mengadakannya setiap empat tahun sekali.

Beberapa moot peringkat kebangsaan dan serantau telah di adakan setiap tahun.

Tahun, Nombor, Lokasi & Jumlah Penyertaan

1931 - 1st Kandersteg, Switzerland 3,000 20

1935 - 2nd Ingaro, Sweden 3,000 26

1939 - 3rd Monzie, Scotland 3,500 42

1949 - 4th Skjak, Norway 2,500 40

1953 - 5th Kandersteg, Switzerland 3,300 38

1957 - 6th Sutton Coldfield, U.K. 3,500 61

1961 - 7th Melbourne, Australia 969 15

1965-66 Moot Year: 10 events 3,599

1969-70 Moot Year: 26 events 7,250

1973-74 Moot Year: 22 events 11,000

1977-78 Moot Year: 23 events 14,560

1981-82 Moot Year: 31 events 22,380

Dec. 1990 -Jan.

1991 8th Melbourne, Australia 1,000 36

July 1992 9th Kandersteg, Switzerland 1,400 52

July 1996 10th Ransberg, Sweden 2,608 78

July 2000 11th Mexico 5,000 71

July-August 2004 12th Hualien, Taiwan 2,500 83

2010 13th Africa

APA KAH INDABA?

World Scout Indaba adalah satu perhimpunan Pemimpin Pengakap dari seluruh dunia, seperti juga Jambori untuk Pengakap.

Ianya mula di cipta semasa World Scout Conference ke 12 pada tahun 1949 di Elvesaeter, Norway, di mana Persatuan Pengakap British menyuarakan bahawa ramai Pemimpin Pengakap yang berkhidmat di dalam Pek, Trup atau Krew, hanya peratusan yang kecil sahaja yang mampu untuk mengambil bahagian dalam Perhimpunan Pengakap Antarabangsa yang besar-besaran.

Cadangan panggilan ini dibuat oleh Lord Rowallan selepas salah satu perjalanannya ke Benua Afrika. Istilah indaba adalah dalam bahasa Zulu yang bermaksud “ Persidangan ketua Puak-puak”. Sejak itu hanya tiga indaba telah di adakan::


1st World Scout Indaba, Gilwell Park, United Kingdom, July, 1952

2nd World Scout Indaba, Sutton Coldfield, United Kingdom, June, 1957, yang diadakan bersama Jambori Pengakap sedunia yang ke9 dan World Rover Moot ke 6, untuk menyambut ulang tahun kepengakapan ke 50 tahun

3rd World Scout Indaba, Netherlands, August, 1960

Jumaat, Januari 11, 2008

Ahad, Januari 06, 2008

KUMPULAN DALAM DAERAH

SENARAI NAMA KUMPULAN DAN PASUKAN KELANA DAERAH TITIWANGSA

Pasukan Kelana - Tarikh Penubuhan - Ketua Krew

Kelana F - M 3892 - 25.02.1970 - Mohd Sharuddin Bin Mohd Yussof
Kelana G - M 8804 - 16.06.1993 - Shahrul Amzari Bin Bujang
Kelana H - M 9377 - 08.03.1999 - Lim
Kelana I - M 9397 - 07.06.1999 - Dzufikar Kamal Bin Kamarudin
Kelana J - M 9650 - 05.03.2003 - Logeswaran
Kelana K -


No Kumpulan - Tarikh Penubuhan - Nama Sekolah

01 - M 3805 - 27.02.1968 - SMK. Seri Ampang,55000 Kuala Lumpur
02 - M 4412 - 02.05.1973 - SK. Jalan Gurney 1,5400 Kuala Lumpur
03 - M 4402 - 19.03.1973 - SK Jalan Gurney 2,5400 Kuala Lumpur
04 - M 3439 - 18.09.1968 - SK Datuk Keramat 1,5400 Kuala Lumpur
05 - M 2802 - 23.03.1966 - SK Datuk Keramat 2,54000 K.Lumpur
06 - M 5567 - 20.03.1980 - SK Jalan Kuantan 1,53200 Kuala Lumpur
07 - M 4413 - - SK Jalan Kuantan 2,53200 K. Lumpur
08 - M 9456 - 05.04.2000 - SK Puteri Pandan 2,Jalan Perwira,55100
09 - M 6621 - 28.06.1985 - SK Setapak,Off Jalan Pahang, 53200
10 - M 7586 - 27.06.1983 - SK (Khas Cacat Pendengaran) Kg. Bharu,
11 - M 3888 - 25.05.1970 - SK Raja Muda,Jalan Raja Muda Musa
12 - M 8210 -17.05.1990 - SK. Marion Convent,Jalan Air Panas
13 - M 6890 - 06.05.1986 - SK Kampung Bharu,Jln Datuk Abd Razak,
14 - M 6892 - 24.04.1989 - SRJK ( Cina ) Chung Hwa (P),Jalan Damai
15 - M 8830 - 19.07.1993 - SRJK (Tamil) Jalan Fletcher,53200 K.L.
16 - M 8885 - 28.01.1994 - Sekolah Seri Utama, Setapak,53100 Kuala Lumpur.
17 - M 8904 - 28.03.1994 - Sekolah Seri Utama, Setapak,53100 Kuala Lumpur.
18 - M 4882 - 23.07.1975 - SMK Aminuddin Baki,Kg. Pandan, 55100 Kuala Lumpur
19 - M 5702 - 28.08.1980 - SMK Cochrane,Jalan Shahbandar
20 - M 2730 - 24.12.1965 - SK Tun Hussein Onn, Jalan Dua, Kampung Pandan,
21 - M 3095 - 19.09.1967 - SK St. Gabriel, Jalan Perwira, Kampung Pandan
22 - M 4881 - 23.07.1975 - SMK Datuk Lokman, Jalan Kampung Pandan
23 - M 9442 - 29.09.1999 - SK Puteri Pandan 1,Jalam Perwira
24 - M 5677 - 07.08.1980 - SMK St. Gabriel, Jalan Perwira
25 - M 6422 - 08.02.1985 - SMK Taman Maluri,Jalan Wirawati 2,
26 - M 8633 - 29.04.1992 - SK Taman Maluri,Jalan Wirawati 2,
27 - M 9090 - 14.07.1995 - SMK. Bandar Baru Sentul
28 - M 9398 - 07.06.1999 - Sekolah Seri Garden,Off Jalan Pria
29 - M 9308 - 25.10.1997 - Sekolah Sri Garden,Off Jalan Pria
30 - M 9322 - 13.04.1998 - SMK Yaakub Latiff, Jalan Peel
31 - M 8632 - - SK Yaakub Latiif 1,Jalan Peel
32 - M 7196 - - SK Yaakub Latiff 2, Jalan Peel
33 - M
34 - M - SK Desa Pandan,Jalan 4/76,Desa Pandan,
35 - M 9591 - 29.03.2002 - 2nd Floor,Wisma Tatt Khalsa,Jln Raja Alang
36 - M 9675 -19.05.2003 - Sekolah Seri Bintang Selatan,Tmn.Shamelin
37 - - SMK. Cochrane Perkasa,Jalan Cochrane
38 - - SK. Cochrane,Jalan Shahbandar
39 - - SK. Bandar Baru Sentul
40 - SRJK ( Tamil ) Jalan Travers

KUMPULAN NAMA SEKOLAH DAERAH ZON KERAMAT


6 - SK. ST.JOHN 1, JALAN BUKIT NANAS,
7 - SK. ST.JOHN 2, JALAN BUKIT NANAS,
8 - SMK. ST.JOHN, JALAN BUKIT NANAS,
14 - SK. SETAPAK, OFF JALAN PAHANG
18 - SK. JALAN GURNEY 1, JALAN GURNEY 1, 54000 KUALA LUMPUR
21 - SK. JALAN KUANTAN 1, JALAN KUANTAN,53200 KUALA LUMPUR.
42 - SK. JALAN KUANTAN 2 , JALAN KUANTAN, 53200 KUALA LUMPUR.
43 - SJK. (C) CHUNG HWA , JALAN DAMAI,
52 - SJK. (C) LAI MENG, JALAN AMPANG ,
53 - SMK. SERI AMPANG , JALAN DAMAI OFF JALAN AMPANG,
55 - SK. POLIS DEPOT, JALAN SEMARAK, 54100 KUALA LUMPUR.
57 - (OPEN TROOP- CASTLE CAMP)
65 - SK. JALAN GURNEY 2, JALAN GURNEY 1, 54000 KUALA LUMPUR.
69 - SK.JALAN RAJA MUDA, JALAN RAJA MUDA ABDUL AZIZ,
81 - SK. PADANG TEMBAK 1, JALAN SEMARAK,
85 - SJK. (C) MUN YEE, JALAN BUNGA MAWAR,
90 - SK. PADANG TEMBAK 2 , JALAN SEMARAK,
91 - SJK. (C) NAN KAI
93 - SJK. (C) NAN YIK LEE RUBBER , JALAN GOMBAK,
111- SMK. TINGGI SETAPAK
118 - SK. DATOK KERAMAT 1, KAMPUNG DATOK KERAMAT,
119 - SK. DATOK KERAMAT 2, KAMPUNG DATOK KERAMAT,
121 - SK. KAMPUNG BAHARU,
130 - SMK. PADANG TEMBAK, JALAN SEMARAK,
132 - SJK. (T) FLETCHER , JALAN FLETCHER OFF JALAN TUN RAZAK,
145 - SMK. SERI TITIWANGSA , JALAN TEMERLOH,
147 - SK. JALAN AIR PANAS , JALAN AYER PANAS,
148 - SMT. SETAPAK,
150 - SMK. PENDIDIKAN KHAS SETAPAK, JALAN GENTING KLANG,
168 - SK. PENDIDIKAN KHAS KAMPUNG BAHARU, JALAN RAJA ABDULLAH,
173 - SK. WANGSA MAJU SEKSYEN 1,
177 - SK. WANGSA JAYA ,WANGSA MAJU SEKSYEN 4,
179 - SMK. WANGSA MAJU SEKSYEN 2
183 - SMK. ZON R1 WANGSA MAJU
191 - SK. AU KERAMAT, TAMAN KERAMAT,
193 - SK. WANGSA MELAWATI
198 - SK. SETIAWANGSA, JALAN SETIWANGSA 13,
199 - SMK. TAMAN SERI RAMPAI, JALAN REJANG,
201 - SMK. SEKSYEN 5 WANGSA MAJU
203 - SK. TAMAN SERI RAMPAI
205 - SMK. TAMAN MELATI
206 - SK.WANGSA MAJU SEKSYEN 2
207 - SK. DESA TUN HUSSEIN ONN,JALAN JELETEK,
208 - SMK. DESA TUN HUSSEIN ONN
213 - SMK. WANGSA MELAWATI, JALAN GENTING KLANG,

214 - SK. WANGSA MAJU ZON R1O
215 - SK. DESA SETAPAK
217 - SK. DANAU KOTA
219 - SMK. TAMAN SETIAWANGSA, BUKIT SETIAWANGSA,
220 - SK. SETAPAK INDAH, TAMAN SETAPAK. INDAH,
232 - SMK. SETAPAK INDAH
247 - SMK. DANAU KOTA
255 - SK. TAMAN MELATI
264 - SK. DANAU KOTA 2
267 - SK. CONVENT (2) BUKIT NANAS, JALAN BUKIT NANAS,
268 - SK. CONVENT (1) BUKIT NANAS, JALAN BUKIT NANAS,
269 - SMK. CONVENT BUKIT NANAS, JALAN BUKIT NANAS,
SK. MARION CONVENT AIR PANAS

Sejarah Akta Pengakap 1968

Perundangan Pengakap di Malaysia mula digubal seperti berikut:

• Ordinan Budak-Budak Pengakap, Negeri-Negeri Tanah Melayu (60/1953)
• Ordinan Persekutuan Budak-Budak Pengakap, Sabah (Cap. 17)
• Ordinan Persekutuan Budak-Budak Pengakap, Sarawak (Cap. 99)

Pada 21 November 1968, Sebuah Akta telah digubal di parlimen (No. 38 tahun 1968) bagi memperbadankan Persekutuan Budak-Budak Pengakap, Negeri-Negeri Tanah Melayu Dan Persekutuan Budak-Budak Pengakap Di Sabah Dan Sarawak.

Akta ini di gelar Akta (Perbadanan) Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia, 1968. Akta ini seterusnya dipakai di seluruh Persekutuan.

Pada 23 Ogos 1974, tiga perkara telah di pinda pada Akta (Perbadanan) Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia, 1968.

1. Penukaran nama Akta Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia kepada Akta Persekutuan Pengakap Malaysia.

2. Memperuntukkan penalti bagi mana-mana daripada kesalahan-kesalahan yang diperuntukkan dalamnya. (Seksyen 13A)

3. Mengadakan peruntukkan bagi perkara-perkara yang berkenaan dengannya

Pada 7 Disember 1989, Akta (Perbadanan) Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia, 1968 telah disemak semula dan di kemaskini sehingga 30 November 1989.Tarikh baru berkuat-kuasanya semakan baru ini adalah pada 14 Disember 1989.

Perkara-perkara yang dipinda semasa semakan 1989 adalah seperti berikut:

Seksyen 1:

a. Tajuk ringkas dipinda
b. Perkataan “the Federation” kepada “Malaysia”


Seksyen 2:

a. Perkataan “the Corporation” Kepada “Corporation”
b. Perkataan “Budak” dan “Boy” di mansuhkan.
c. Perkataan “Pengakap” kepada “Pengakap- Pengakap”

Seksyen 3:

a. Perkataan “the provisions of”, “Budak” dan “Boy” di mansuhkan.
b. Perkataan “seem” kepada “deem” diakhir Seksyen Kecil (2).
c. Perkataan “of” kepada “or” diakhir Seksyen Kecil (2).

Seksyen 7(1):

Perkataan “seems” kepada “deems”

Seksyen 11:

Tanda titik diganti dengan tanda kolon di akhir provisio.

Seksyen 13A:

Perkataan “dollars” kepada “ringgit”

Susunan Seksyen Akta Pengakap 1968

S.1 Tajuk Ringkas Dan Pemakaian
S.2 Tafsiran
S.3 Memperbadankan Persekutuan Budak-Budak Pengakap, Negeri-Negeri Tanah Melayu Dan Persekutuan Budak-Budak Pengakap Di Sabah dan Sarawak
S.4 Matlamat Perbadanan
S.5 Tujuan Dan Maksud-Maksud Perbadanan
S.6 Majlis
S.7 Meteri Perbadanan
S.8 Daftar Ahli-Ahli
S.9 Kaedah-Kaedah Dan Undang-undang Kecil
S.10 Memindahmilik Harta Dan Tanggungan, Dsb.
S.11 Mengunakan Pendapatan Dan Harta
S.12 Sekatan Atas Penjualan Lencana, Dsb., Persekutuan
S.13 Memiliki Lencana Dan Sekatan Atas Mengunakan Lencana
S.13A Denda
S.14 Pemansuhan

Kuasa Pemakaian Akta

Menurut Sekyen 1(2) Akta Pengakap 1968 (Semakan 1989) :

Akta ini hendaklah dipakai di seluruh Malaysia

Siapakah Pengakap?

Menurut Seksyen 2 Akta Pengakap 1968 (Semakan 1989) Pengakap adalah termasuk:

Anak Serigala,
Budak Pengakap,
Pengakap Kanan,
Pengakap Kelana,
Pemimpin Pengakap,
Ahli Pereman Persekutuan atau Ahli Kumpulan Badan Powell yang diiktiraf sedemikian oleh Ordinan.

Siapakah Persekutuan?

Menurut Seksyen 2 Akta Pengakap 1968 (Semakan 1989), Persekutuan adalah terdiri dari mereka yang menjadi ahli Pesekutuan Budak-Budak Pengakap di bawah:

a. Ordinan Budak-Budak Pengakap, Negeri-Negeri Tanah Melayu (60/1953)

b. Ordinan Persekutuan Budak-Budak Pengakap, Sabah (Cap.17)

c. Ordinan Persekutuan Budak-Budak Pengakap, Sarawak (Cap.99)


Siapakah Perbadanan?

Menurut Seksyen 2 dan 3(1) Akta Pengakap 1968 (Semakan 1989), Perbadanan adalah terdiri dari mereka yang menjadi ahli Pesekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia selepas 21 November 1968.

Oleh yang demikian, semua ahli Pengakap yang ada sekarang adalah ahli-ahli Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia yang diperbadankan dari Persekutuan Pengakap Tanah Melayu, Persekutuan Pengakap Sarawak dan Persekutuan Pengakap Sabah selepas 21 November 1968
Oleh yang demikian, Ordinan Budak-Budak Pengakap, Negeri-Negeri Tanah Melayu (60/1953), Ordinan Persekutuan Budak-Budak Pengakap, Sabah (Cap.17), Ordinan Persekutuan Budak-Budak Pengakap, Sarawak (Cap.99), tidak Sah lagi di gunakan.

Sila rujuk Seksyen 14 Akta Pengakap 1968 (Semakan 1989), di mana ordinan-ordinan tersebut telah di mansuhkan.


Apakah Hak Turun Menurun Perbadanan ?

Menurut Seksyen 3(2) Akta Pengakap 1968 (Semakan 1989), perbadanan:

• Bersifat kekal turun menurun

• Boleh buat Kontrak

• Boleh memperolehi, membeli, mengambil, memegang, dan mengunakan harta yang boleh alih dan yang tak boleh alih dari segala jenis kepunyaan perbadanan mengikut syarat-syarat yang difikirkan patut.

• Boleh memindah, memindah-milik, memberi, menyerah dan melepaskan, mengadai, mengadai janji, memajak, memberi semula atau dengan jalan lain melepaskan, atau menguruskan apa-apa harta yang boleh alih dan yang tak boleh alih kepunyaan perbadanan mengikut syarat-syarat yang difikirkan patut.

Entiti Perbadanan

Seksyen 3(2) Akta Pengakap 1968 (Semakan 1989), memperuntukkan:

• Perbadanan boleh mendakwa dan didakwa dalam mahkamah.

• Boleh melakukan segala cara dakwaan dan guaman

• Boleh melakukan hal-hal dan perkara-perkara lain yang bersangkutan dan berkenaan dengan sesuatu pertubuhan yang di perbadankan


Matlamat Perbadanan

Menurut Seksyen 4 Akta Pengakap 1968 (Semakan 1989), matalamat Perbadanan adalah untuk mengadakan suatu pertubuhan yang terbuka kepada semua Pengakap dalam Malaysia bagi membolehkan mereka:

- Melaksanakan tujuan dan maksud-maksud Perbadanan yang tersebut dalam seksyen 5 Akta Pengakap 1968, dan

- Melakukan semua perkara lain sebagaimana yang disifatkan oleh Perbadanan atau Majlisnya sebagai bersangkutan dan berfaedah bagi mencapai tujuan- tujuan itu.


Tujuan Dan Maksud-Maksud Perbadanan

Seksyen 5 (1) - Untuk mengalakkan kewarganegaraan yang baik di kalangan budak-budak dengan membentuk watak mereka dan bagi mencapai maksud ini dengan:

(a) Melatih mereka mengenai perangai patuh, taat dan bergantung kepada diri sendiri;


(b) Menanam sifat-sifat setia dan bertimbang rasa kepada orang lain;

(c) Mengajar mereka perkhidmatan-perkhidmatan yang berguna untuk awam dan pertukangan tangan yang berguna untuk mereka sendiri; dan

(d) Memperbaiki kesuburan jasmani, akal dan rohani mereka.




Prinsip-Prinsip dan Amalan-Amalan Perbadanan


Menurut seksyen 5(2) Akta Pengakap 1968 Prinsip-Prinsip dan Amalan-Amalan Perbadanan hendaklah berdasarkan kepada:

Ikrar Pengakap

Undang-Undang Pengakap

Prinsip-Prinsip dan Amalan-Amalan yang lain yang di peruntukan



Urusan Perbadanan

Menurut Seksyen 6(1) Akta Pengakap 1968, segala urusan Perbadanan hendaklah ditakbirkan oleh satu Majlis yang di tubuhkan menurut Kaedah-Kaedah Perbadanan.

Seksyen 3(2) Akta Pengakap 1968 memperuntukan bahawa Perbadanan hendaklah kekal turun temurun. Ini bermaksud bahawa Perbadanan adalah satu ‘legal entity” di mana ianya boleh melakukan perkara-perkara berikut mengikut syarat-syarat yang difikirkan patut atas nama Persekutuan Pengakap Malaysia:

membuat kontrak;
memperolihi, membeli, mengambil, memegang dan mengunakan harta yang boleh dialeh dan yang tak boleh dialeh dari segala jenis;
memindah, memindah-milik, memberi, menyerah apa-apa harta yang boleh dialeh dan yang tak boleh dialeh yang menjadi kepunyaan Perbadanan;
melepaskan, mengadai, menggadai janji, memajak, memberi semula atau dengan jalan lain melepaskan, atau menguruskan, apa-apa harta yang boleh dialeh dan yang tak boleh dialeh yang menjadi kepunyaan Perbadanan.

Seksyen 3(3) memperuntukan bahawa Perbadanan boleh mendakwa dan didakwa dalam mahkamah dan dalam segala cara dakwaan dan guaman dan boleh melakukan hal-hal dan perkara-perkara lain yang bersangkutan dan berkenaan dengan sesuatu pertubuhan yang di perbadankan.

Ahli Majlis

Menurut Seksyen 6(2), Ahli-Ahli Majlis adalah terdiri dari mereka yang ditubuhkan mengikut Kaedah-Kaedah yang di tetapkan didalam POR yang akn di huraikan dan di bincangkan secara lebih terperinci didalam Siri Buku Panduan Perundangan Ke-3.

Mengikut POR, terdapat beberapa Majlis yang ditubuhkan:

Majlis Pengakap
Majlis Negeri
Majlis Daerah (Juga di gelar sebagai Majlis Tempatan)
Majlis Kumpulan

POR juga memberi kuasa kepada Majlis Pengakap untuk mengujudkan Jawatan Kuasa Kerja dan Jawatan Kuasa Kecil dari kalangan ahli-ahli Majlis bagi melancarkan pentadbiran dan urusan Perbadanan.


Kuasa Majlis (Tersurat)

Berikut adalah kuasa-kuasa Majlis yang diperuntukan secara jelas didalam Akta Pengkap 1968:

Mentadbir Urusan-Urusan Perbadanan [S.6(1)]

Berdasarkan kepada Seksyen 6(1), adalah jelas bahawa Parlemen telah memberi kuasa autonomi sepenuhnya kepada Majlis untuk mentadbirkan segala urusan Perbadanan mengikut Kaedah-Kaedah Perbadanan semasa,

Membuat, mengubah atau membatalkan kaedah dan Undang-Undang Kecil Perbadanan.[S.9]

Parlimen juga telah memberi kuasa budicara yang agak luas kepada Majlis untuk membuat, mengubah atau membatalkan Kaedah dan Undang-Undang Kecil (POR). Seksyen 9 Akta Pengakap 1968 memberi memperakuan dan mengesahkan segala Kaedah dan Undang-Undang Kecil yang dibuat dan digubal oleh Majlis. Majlis juga dari masa kesemasa boleh membatalkan Kaedah dan Undang-Undang Kecil yang telah dibuat atau digubalnya. Seksyen 9 juga memperuntukan bahawa sesiapa sahaja yang menjadi ahli Perbadanan adalah terikat kepada Kaedah dan Undang-Undang Kecil tersebut. Perlu di jelaskan bahawa setiap peringkat Majlis termasuk Kumpulan Kelana mempunyai Undang-Undang Kecil mereka sendiri tetapi ianya tidak boleh melebih had kuasa (Ultra Vires) kepada Akta Pengakap 1968 dan POR itu sendiri.

Membuat Ketetapan mengenai segala surat ikatan, suratan dan lain-lain suratcara yang perlu di menterikan yang di saksikan oleh KPPN atau PKPPN dan seorang lain dan tanda tangan surat yang telah di menterikan itu [S.7(2)]

Adalah menjadi tanggongjawab Majlis untuk menentukan bahawa segala surat ikatan, suratan dan lain-lain suratcara yang perlu di menterikan di menteri kan dengan menteri Perbadanan menurut ketetapan Majlis.

Merekod dan menyimpan daftar ahli tiap-tiap Pengakap [S.8(1)]

Menurut Seksyen 8(1), adalah menjadi tanggong jawab Majlis untuk merekod dan menyimpan nama tiap-tiap Pengakap sebelum Akta ini di ujudkan dan nama-nama ahli selepas Akta ini diujudkan. Seksyen 8(2) pula memperuntukan bahawa tugas ini boleh diwakikan kepada mana-mana ahli atau Pegawai Perbadanan.


Kuasa Majlis (Tersirat)

Berdasarkan kepada peruntukan yang amat luas di S.6(1) dan S.9 Akta Pengakap 1968, maka secara tersiratnya, maka boleh lah di rumuskan bahawa Majlis juga bertanggungjawab mengenai:

• Memindah milik harta atas nama PPM Negeri atau Pesuruhjaya Pengakap kepada Perbadanan [S.10(1)]
• Segala urusan hutang dan tanggunggan yang kena bayar dan yuran dan caruman yang perlu di kutip oleh Perbadanan [S.10(2)]
• Mengunakan Pendapatan bagi tujuan membangunkan perbadanan [S.11]


Perihal Harta Kepunyaan Persekutuan

Seksyen 10(1) Akta Pengakap 1968 menyatakan bahawa segala harta kepunyaan pengakap sebelum Akta ini di buat, sama ada harta yang dipegang atas nama Ketua Pesuruhjaya Negeri atau atas nama mana-mana orang sebagai pemegang amanah bagi persekutuan Pengakap tersebut hendaklah diletakkan di bawah perbadanan.

Semua harta-harta tersebut termasuk harta-harta yang boleh dialih atau yang tak boleh dialih yang diperolehi kemudiannya hendaklah juga diletakkan dibawah perbadanan.

Begitujuga segala yuran, caruman, pemberian, denda, wang-wang pinjaman dan pendahuluan yang diterima hendaklah dipegang oleh Perbadanan bagi maksud Akta ini.

Walaubagaimana pun Perbadanan boleh membuat kaedah-kaedah tertentu dari masa kesemasa.

Dengan masa yang sama, menurut seksyen 10(2) Akta Pengakap 1968, Perbadanan juga hendaklah membayar segala hutang dan tanggungan Persekutuan yang masih tertunggak. Ini termasuk juga segala hutang yang kena dibayar kepada Persekutuan sebelum Akta ini mula berkuatkuasa hendaklah di bayar kepada Perbadanan.



Perihal Pengunaan Pendapatan dan Harta

Seksyen 11 Akta Pengakap 1968, melarang mengunakan pendapatan dan harta Perbadanan, tidak kira dari mana puncanya, selain dari memajukan tujuan-tujuan Perbadanan sepertimana yang tersebut didalam Akta ini.

Seksyen ini juaga melarang mana-mana bahagian pendapatan dan harta tersebut dibayar atau di pindah-milik dengan cara terus atau tidak terus dengan jalan dividen, bonus atau dengan apa cara keuntungan sekali pun bagi ahli-ahli Perbadanan.

Larangan tersebut boleh di ketepikan jika tidak ada larangan didalam Akta ini yang melarang iannya dibayar dengan suci hati keatas apa-apa bayaran kepada mana-mana orang sebagai balasan terhadap apa-apa perkhidmatan sebenar yang telah diberikan kepada Perbadanan.



Larangan menjual Lencana, Tanda atau Lambang Pengakap

Seksyen 12 Akta Pengakap 1968, melarang sesiapa sahaja, kecuali daripada Perbadanan atau orang-orang yang diberikuasa secara bertulis oleh Perbadanan, menjual atau memparmirkan untuk dijual apa-apa lencana, tanda atau lambang yang khususnya disesuaikan untuk digunakan oleh Pengakap dibawah Kaedah-Kaedah Perbadanan.

Larangan penjualan lambang yang dikhususkan ini boleh diertikan termasuk Topi, Skaf, Pakaian lengkap Pengakap, Tali pinggang, wogel, butang, stoking, gartes, kasut, buku, bag dan apa-apa jua yang di pakai atau digunakan oleh Pengakap yang telah di tetapkan dibawah kaedah-kaedah Perbadanan.



Larangan memiliki dan mengunakan Lencana dan Pakaian seragam.

Seksyen 13(1) Akta Pengakap 1968 melarang sesiapa sahaja yang bukan seorang pengakap memakai, membawa atau menunjukkan di tempat awam apa-apa lencana, tanda atau lambang yang khususnya disesuaikan untuk digunakan oleh Pengakap dibawah Kaedah-Kaedah Perbadanan yang boleh meyebabkan orang lain menyakakan si pemakai adalah seorang pengakap.

Seksyen 13(a) Akta Pengakap 1968 tidak membenarkan sesiapa jua memiliki dengan tiada kebenaran atau sebab yang sah di sisi undang-undang benda-benda berikut:

(a) apa-apa tanda yang hamper-hampir serupa dengan mana-mana lencana, tanda atau lambang yang khususnya disesuaikan untuk diguna oleh seorang Pengakap di bawah Kaedah-Kaedah Perbadanan hingga menyebabkan bahawa tanda tersebut dipercayai sebagai lencana, tanda atau lambing itu; atau

(b) apa-apa lencana, tanda atau lambang yang mengandungi apa-apa perkataan atau tulisan yang hamper-hampir serupa dengan mana-mana perkatan atau tulisan yang biasanya diguna bagi memperihalkan mana-mana Pengakap hingga menjadi boleh tertipu atau tekeliru olehnya; atau

(c) apa-apa lencana, tanda atau lambang yang mengandungi perkataan-perkataan “Budak Pengakap” atau “Budak Budak Pengakap”.


Penalti Bagi Sesiapa Yang Melanggar Akta Pengakap 1968


S.13A, Akta Pengakap 1968 memperuntukkan:

“Seseorang yang melanggar mana-mana daripada peruntukan Akta ini boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada satu bulan.”

Contoh-Contoh Pelanggaran Akta Pengakap yang boleh di sabitkan di Bawah Seksyen 13A

• Menjalankan perkara yang tidak mengikut Tujuan dan Maksud-Maksud Perbadanan yang bertentangan dengan Seksyen 9, Seksyen 11 dan Seksyen 5, Akta Pengakap 1968.

• Menjadi pengakap tanpa berdaftar dengan perbadanan yang bertentangan dengan seksyen 8 Akta Pengakap 1968.

• Mereka yang bukan kalangan Majlis tetapi membuat kerja-kerja Majlis tanpa kebenaran Majlis bertentangan dengan Seksyen 6 Akta Pengakap 1968.

• Tidak mematuhi Kaedah-Kaedah dan Undang-Undang Kecil (dan juga POR) yang di gubal oleh Majlis bertentangan dengan Seksyen 9 Akta Pengakap 1968.

• Memindah milik harta dan tanggungan tanpa persetujuan Majlis yang bertentangan dengan Seksyen 10 Akta Pengakap 1968.

• Mengunakan pendapatan dan harta Perbadanan yang di nyatakan di Seksyen 11 Akta Pengakap 1968 bukan untuk tujuan perbadanan seperti yang di peruntukan di S.5 Akta Pengakap 1968.

• Menjual atau Memiliki dan mengunakan lencana dan pakaian Pengakap tanpa izin Majlis seperti yang di peruntukkan di Seksyen 12 dan 13 Akta Pengakap 1968.


Catatan & Sumber : Mejar (B)Mior Rosli Bin Dato'Mior Mohd Jaffar
PN WPKL

Sabtu, Januari 05, 2008

SEJARAH PENGAKAP DAERAH

Bermulanya Pergerakan Pengakap di Kuala Lumpur,Selangor

Setelah 2 tahun ianya diasaskan oleh Lord Baden Powell of Gilwell di England pada tahun 1907, pergerakan Pengakap mula bertapak di Tanah Melayu

15 Mac 1909...

Pergerakan Pengakap mula bertapak di Tanah Melayu di Victoria Institution Kuala Lumpur, Percubaan pertama ini adalah hasil kegigihan Encik Bennett Eyre Shaw.Seorang Guru Besar di sekolah tersebut.

Tahun 1910...

Pergerakan yang bertapak di Victoria Institution itu dikenali sebagai kumpulan Pertama Pengakap Selangor dengan keahlian sebanyak 3 Patrol.Kemudianya diikuti oleh Sekolah St. John dan Sekolah Methodist, namun begitu awal

awal 1913...

Pengakap kedua-kedua buah sekolah tersebut ditutup.

Awal 1918...

Encik H.C. Chan menubuhkan Pasukan Pengakap Kanak-Kanak ( Cubs ) Pertama di Victoria dengan Encik E.S. Redfern sebagai Scout Master .Mei 1926Persekutuan Pengakap Tempatan Selangor telah ditubuhkan dengan Encik R.J. Kellam dilantik sebagai Pesuruhjaya Daerah ( Pesuruhjaya Daerah adalah Pesuruhjaya Negeri pada masa itu) dan Encik Ameen Akhbar sebagai Penolongnya...

awal 1925...

Pergerakan Pengakap diwujudkan di Sekolah-sekolah Melayu,hasil usaha Encik Ameen Akhbar.

awal 1926...

Beberapa orang Guru Melayu,selaku bakal Pemimpin Pengakap seperti Encik Mohd Yusof Ahmad (bekas Ketua Pesuruhjaya Negara) telah dihantar ke Kem Purdy di Singapura untuk menjalani latihan bersama Encik Zainal Abidin dan Encik Ameen Akhbar.

tahun 1927

Kumpulan Pengakap Pertama untuk Sekolah Melayu ditubuhkan di Batu Road Boys School.(SK Jalan Batu Kuala Lumpur ) oleh Encik Liew Gaik See dan Encik Abdul Latiff Haji Mohd Hashim dengan 40 orang Pengakap Kanak-Kanak dengan nama Kumpulan ke 4 Kuala Lumpur.

tahun 1933

Encik Phang Piang Pah merupakan Scout Master yang telah membuka Pengakap Udara yang berpusat di SM Methodist Kuala Lumpur pada tahun 1933 . Kini , Kumpulan ini dikenali sebagai 10th Air Scout Group Bukit Bintang.

Tahun 1974-1975


1 Februari 1974, Kuala Lumpur menjadi sebuah Wilayah persekutuan dan berpisah dari Selangor. Pergerakan Pengakap masih mengekalkan kedudukanya dan menjadi sebuah Daerah didalam Selangor dan dikenali sebagai Bandar Kuala Lumpur, Pesuruhjaya yang Pertama adalah Tuan Haji Zainuddin Jantan.

Beliau memegang jawatan tersebut dari tahun 1975 hingga 1984.Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dipecahkan kepada 5 Daerah yang mana 5 Daerah itu adalah pecahan pentadbiran melalui pembahagian Kawasan Parlimen. Daerah tersebut adalah Kuala Lumpur Bandar,Damansara,Sungai Besi, Setapak dan Kepong.Tahun 1984...Encik Mat Sari Hussin menerusi tugas sebagai Pesuruhjaya Negeri yang kedua sehingga tahun 1986. Dibawah pentadbirannya terdapat 6 Daerah iaitu KL Bandar, Sungai Besi, Titiwangsa, Segambut, Kepong dan Batu.

Majlis Pengakap Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

27 Februari 1984

10 tahun selepas Perjanjian Persekutuan Kuala Lumpur mempunyai kuasa pentadbiranya sendiri dibawah Majlis Pengakap Negeri Wilayah Persekutuan (MPWP) setelah dipersetujui oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara.Dengan perpisahan ini,ianya dikenali dengan nama Persekutuan Pengakap Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Daerah Titiwangsa...


Luasnya kawasan Parlimen Titiwangsa meliputi sebahagian daripada WangsaMaju, dan Setiawangsa. Apabila persempadanan semula telah berlaku Titiwangsa diujudkan 2 kawasan Parlimen iaitu Parlimen Wangsa Maju dan Parlimen Setiwangsa.

Kesinambungan Pergerakan tersebut pada hari ini iaiah Persekutuan Pengakap Malaysia, yang diperbadankan dibawah Akta (Perbadanan) Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia 1968 (Akta38)(Pindaan tahun 1989) dan Akta Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia 1974 (Akta 409).


Daerah Pengakap Titiwangsa (PPD 192) pula telah didaftarkan dengan rasminya pada 22 April 1991,apabila persempadanan semula kawasan-kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah selesai dijalankan pada waktu itu. Ia kini salah satu daripada 11 Daerah Pengakap yang bernaung dibawah Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan merupakan salah satu Daerah Pengakap yang paling aktif di Lembah Klang.Sehubungan dengan itu, Majlis Pengakap Daerah Titiwangsa pula merupakan sebuah Persekutuan Tempatan yang ditubuh dan didaftar selaras dengan Peraturan-Peraturan 131 dan 132, Bahagian VI, DPP Persekutuan Pengakap Malaysia, didalam Daerah Pengakap Titiwangsa.


Berdasarkan arahan KPPN yang kini berkuatkuasa, istilah "Persekutuan Tempatan" yang dirujuk di dalam DPP adalah digantikan dengan istilah " Majlis Pengakap Daerah " dengan tanggungjawab dan tugas yang sama seperti yang disebut didalam DPP.Mengikut Peratuaran 121 dalam Bahagian yang sama,"[i]stilah-sitilah'Daerah'dan 'Persekutuan Tempatan' adalah berasingan maknanya dan satunya tidak boleh dianggap bermaksud yang lagi satu ataupun kedua-dua itu dicantum digunakan sebagai satu istilah".Majlis Pengakap Daerah Titiwangsa diketuai oleh seorang Yang DiPertua (ruj.Peraturan 136, Bahagian VI DPP) yang dilantik oleh Pesuruhjaya Pengakap Negeri, dan Jawatankuasanya terdiri daripada seorang Pengerusi (Peraturan 140), seorang Bendahari (Peraturan 141), seorang Setiausaha (Peraturan 142) dan sembilan (9) orang Ahli -Ahli Jawatnkuasa, lima (5) daripadanya dipilih dari kalangan Pemimpin-Pemimpin Bertauliah dan empat (4) lagi dipilih dari kalangan Ahli Biasa yang berdaftar dengan MPD tersebut.


Kumpulan Pengakap Awal


Anjuran Sk Tun Hussein Onn ( SR Kampung Pandan ) , Jalan Dua, 55100 Kuala Lumpur iaitu pada 24 Disember 1965 dengan no. pendaftaran M 2730.


Anjuran Sekolah Kebangsaan Datuk Keramat 2, 54000 Kuala Lumpur ( SK Kampung Datuk Keramat 2) iaitu 23 Mac 1966 dengan no. pendaftaran M 2802.


Anjuran SMK . Seri Ampang ( Sekolah Menengah Laki-Laki Jalan Ampang ) iaitu pada tahun 27 Februari 1968 dengan no. pendaftaran M 3185


Pesuruhjaya Pengakap Daerah Setapak (sebelum Daerah Titiwangsa )


Encik Mohd Ariffin Bin Haji Mohd Yassin -1980-1983
Tuan Haji Mohd Nor Kassim- 1983-1988
Encik Noordin Abu Bakar- 1988-1989

Pesuruhjaya Pengakap Daerah Titiwangsa


Encik Kamarulzaman Nahrawi -1989-1992
Encik Zainuddin Bin Haji Ishak- 1993-1994
Encik Abd. Razak Bin Haji Shahidan -1994-2004
Encik Latiff Abu Hassan - 2004-2008

DAERAH ZON KERAMAT

Dibawah pentadbiran Pesuruhjaya Pengakap Negeri WPKL iaitu Tuan Mejar(B) Mior Rosli Bin Dato' Mior Jaafar,telah merombak dan menyusun semula seluruh 11 Daerah yang lama ke 4 Zon, mengikut dan menyelaras sama dengan pecahan Jabatan Pelajaran Negeri WP Kuala Lumpur. 4 Zon tersebut terdiri daripada Zon Sentul, Zon Keramat, Zon Pudu dan Zon Bangsar.

Pesuruhjaya Pengakap Daerah Zon Keramat

Encik Latiff Bin Abu Hassan-2009-sekarang