Sabtu, Jun 06, 2009

WORLD SCOUT environment programme



WORLD SCOUT ENVIRONMENT PROGRAMME telah berlansung pada 6 Jun 2009 (Sabtu) di R & R Gambang, Pahang Darul Makmur. Seramai 80 orang Pengakap Kelana dari WPKL telah mengambil bahagian dan turut serta. PPM Daerah Zon Keramat diwakili 10 orang terdiri daripada Pesuruhjaya Pengakap Daerah serta Pengakap Kelana dan Remaja. Program berkonsep cintai alam sekitar dengan aktiviti menanam 1000 anak pokok "gaharu" dikawasan lapang R&R Gambang.

Rabu, Jun 03, 2009

KHIDMAT PENGAKAP untuk GAPIMA


Khidmat Pengakap Daerah Zon Keramat membantu Program Tilawah Al-Quran. Azan, Nasyid , Ceramah.Kuiz Agama peringkat Kebangsaan Persatuan GAPIMA kali ke 10 pada 30 & 31 Mei 2009 di Masjid Kuala Lumpur Jalan Duta.

Selasa, Jun 02, 2009

OPEN DAY SRI GARDEN




Sri Garden hosted its Open Day on the 30th May 2009 and had its day camp for its uniform units at its school field. Began at 9 am, the day began with the assembly of all the uniform units and then units were stationed to their respective places of skills.

Skills presented were Cooking, Tent Setting, Rope and Knots as well as exhibition of Activities and Badge Collections. Having done for the first time, the area had its surprise visit from Mr BK Gan, Chairman of Taylor's Education Group.

Participants had their lessons and skills tested on the mentioned skills set. Having so much fun while the food chain not separated? That's what the participants would call FUN!

Rabu, Mei 27, 2009

KURSUS KETUA PATROL PENGAKAP MUDA DAN REMAJA

TARIKH : 29, 30 DAN 31 MEI 2009

TEMPAT : TAPAK PERKHEMAHAN

PEJABAT HUTAN LIPUR GUNUNG NUANG, PANGSUN,

BATU 22 HULU LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN.


Tujuan kursus ini memberi pendedahan berkenaan dengan peranan dan tanggungjawab seorang Ketua Patrol dan ahli Jawatankuasanya dalam menguruskan kumpulan ataupun patrol dengan lebih baik dan sempurna .


Dianggarkan penyertaan seramai 40 orang siri 1/2009 terdiri daripada Pengakap Muda dan Remaja serta 10 pemimpin ( Guru Pengakap ) dan Ahli Pasukan Latihan Daerah Zon Keramat.


Untuk keterangan lanjut sila hubungi Pesuruhjaya Pengakap Daerah Zon Keramat, Encik Latiff Abu Hassan 012-61630564 atau Pengerusi Pasukan Latihan Daerah Zon Keramat, Encik Mohd Anwar Bin Mohd Arif 017-637 7803 atau Ketua Kursus, Dzulfikar Kamal Bin Kamarudin 017-641 4614 .

Ahad, Mei 24, 2009

PERKHEMAHAN LENCANA KEAHLIAN SMK CONVENT BUKIT NANAS




Kumpulan Ke-269 Daerah Zon Keramat Kuala Lumpur telah mengadakan program Perkhemahan Lencana Keahlian untuk Pengakap Muda. Seramai 37 orang Pengakap Muda telah mengambil bahagian serta menjalani Ujian Keahlian yang dikendalikan oleh Pasukan Latihan Daerah Keramat dengan kerjasama GPK Ko-Kurikulum SMK. Convent Bukit Nanas. Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh Tuan Mejar (B) Mior Rosli Bin Dato' Mior Mohd Jaafar, Pesuruhjaya Pengakap PPM WPKL dengan diiringi oleh Encik Latiff Abu Hassan , Pesuruhjaya Pengakap PPM Daerah Zon Keramat. Juga diadakan pad masa yang sama, perlantikan Ketua Kumpulan Unit Pengakap Muda dan adik Nadia Natasha Bt Mohd Rashid telah dilantik sebagai Ketua Kumpulan Unit Pengakap0 Muda. Turut hadir pada majlis itu adalah Encik Ahmad Arif Bin Astaman, Setiausaha Kehormat Majlis Pengakap Daerah Zon Keramat dan Puan Rukiyah Bt. Ismail, Penolong Pesuruhjaya Negeri (Wanita).

Khamis, Mei 21, 2009

KURSUS KETUA PATROL DAERAH KERAMAT SIRI 1/2009

Kursus Ketua Patrol Pengakap Muda & Remaja Daerah Keramat siri 1/2009 akan diadakan di Tapak Perkhemahan Pejabat Hutan lipur Gunung Nuang,Pangsun,Hulu Langat,Selangor Darul Ehsan. Tarikh pada 29, 30 dan 31 Mei 2009. Kumpulan yang terlibat ialah Kumpulan 53 Kuala Lumpur ( SMK. Seri Ampang), Kumpulan199 Kuala Lumpur (SMK.Seri Rampai), Kumpulan 213 Kuala Lumpur (SMK.Wangsa Melawati), Kumpulan 179 Kuala Lumpur( SMK. Seksyen 2), Kumpulan 219 Kuala Lumpur ( SMK. Taman Setiawangsa).

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Pesuruhjaya Pengakap Daerah Keramat, Encik Latiff Abu Hassan 012-61630564 atau Pengerusi Pasukan Latihan Daerah Keramat, Encik Mohd Anwar Bin Mohd Ariff 017-637 7803 atau Ketua Kursus, Dzulfikar Kamal Bin Kamarudin 017-641 4614 .

Sabtu, Mei 16, 2009

MESYUARAT PEMIMPIN-PEMIMPIN KUMPULAN ZON KERAMAT


Mesyuarat Pemimpin Kumpulan Pengakap akan diadakan seperti berikut:-
Untuk Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak ( Sekolah Kebangsaan)
Pada 14 Mei 2009 ( Khamis )
Untuk Pemimpin Pengakap Muda dan Remaja ( Sekolah Menengah Kebangsaan)
Pada 15 Mei 2009 ( Jumaat)
Tempat
Pusat Kokokurikulum Kuala Lumpur,
Jalan Beserah Off Jalan Kuantan, 532000 Kuala Lumput.
Masa
3.00 hingga 5.00 petang.

Kehadiran
Pemimpin Pengakap Kumpulan yang dianjurkan
( Sekolah Kebangsaan & Sekolah Menengah Kebangsaan) Pemimpin Pengakap Kumpulan Terbuka

Sabtu, April 25, 2009

PERHIMPUNAN PENGAKAP SEMPENA SAMBUTAN 100 TAHUN KEPENGAKAPAN DI MALAYSIA



Sambutan 100 tahun kepengakapan di Malaysia.

Pelbagai acara menarik diadakan seperti Pameran 100 tahun Pengakap di Malaysia serta Pameran Pengakap dari Pengakap WPKL. Persembahan Kompang Formasi ,Kawalan Kawad Tongkat Istiadat,Tarian Tradisional,tayangan slide 100 tahun.

Penyampaian Pingat 100 tahun kepada 100 bekas Pengakap serta Pemimpin yang banyak menyumbang membantu kepada Pengakap.

Dijangkakan tetamu kehormat terdiri daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin,Timbalan Perdana Menteri, Presiden Kehormat Pengakap Malaysia, Y.A.Bhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi, Menteri Belia dan Sukan,Menteri Penerangan, Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Ahad, April 19, 2009

UJIAN LENCANA KEAHLIAN

Ujian Lencana Keahlian akan diadakan di SMK. Seri Rampai pada 1,2,3 Mei 2009 .