Rabu, Mei 27, 2009

KURSUS KETUA PATROL PENGAKAP MUDA DAN REMAJA

TARIKH : 29, 30 DAN 31 MEI 2009

TEMPAT : TAPAK PERKHEMAHAN

PEJABAT HUTAN LIPUR GUNUNG NUANG, PANGSUN,

BATU 22 HULU LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN.


Tujuan kursus ini memberi pendedahan berkenaan dengan peranan dan tanggungjawab seorang Ketua Patrol dan ahli Jawatankuasanya dalam menguruskan kumpulan ataupun patrol dengan lebih baik dan sempurna .


Dianggarkan penyertaan seramai 40 orang siri 1/2009 terdiri daripada Pengakap Muda dan Remaja serta 10 pemimpin ( Guru Pengakap ) dan Ahli Pasukan Latihan Daerah Zon Keramat.


Untuk keterangan lanjut sila hubungi Pesuruhjaya Pengakap Daerah Zon Keramat, Encik Latiff Abu Hassan 012-61630564 atau Pengerusi Pasukan Latihan Daerah Zon Keramat, Encik Mohd Anwar Bin Mohd Arif 017-637 7803 atau Ketua Kursus, Dzulfikar Kamal Bin Kamarudin 017-641 4614 .

Ahad, Mei 24, 2009

PERKHEMAHAN LENCANA KEAHLIAN SMK CONVENT BUKIT NANAS




Kumpulan Ke-269 Daerah Zon Keramat Kuala Lumpur telah mengadakan program Perkhemahan Lencana Keahlian untuk Pengakap Muda. Seramai 37 orang Pengakap Muda telah mengambil bahagian serta menjalani Ujian Keahlian yang dikendalikan oleh Pasukan Latihan Daerah Keramat dengan kerjasama GPK Ko-Kurikulum SMK. Convent Bukit Nanas. Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh Tuan Mejar (B) Mior Rosli Bin Dato' Mior Mohd Jaafar, Pesuruhjaya Pengakap PPM WPKL dengan diiringi oleh Encik Latiff Abu Hassan , Pesuruhjaya Pengakap PPM Daerah Zon Keramat. Juga diadakan pad masa yang sama, perlantikan Ketua Kumpulan Unit Pengakap Muda dan adik Nadia Natasha Bt Mohd Rashid telah dilantik sebagai Ketua Kumpulan Unit Pengakap0 Muda. Turut hadir pada majlis itu adalah Encik Ahmad Arif Bin Astaman, Setiausaha Kehormat Majlis Pengakap Daerah Zon Keramat dan Puan Rukiyah Bt. Ismail, Penolong Pesuruhjaya Negeri (Wanita).

Khamis, Mei 21, 2009

KURSUS KETUA PATROL DAERAH KERAMAT SIRI 1/2009

Kursus Ketua Patrol Pengakap Muda & Remaja Daerah Keramat siri 1/2009 akan diadakan di Tapak Perkhemahan Pejabat Hutan lipur Gunung Nuang,Pangsun,Hulu Langat,Selangor Darul Ehsan. Tarikh pada 29, 30 dan 31 Mei 2009. Kumpulan yang terlibat ialah Kumpulan 53 Kuala Lumpur ( SMK. Seri Ampang), Kumpulan199 Kuala Lumpur (SMK.Seri Rampai), Kumpulan 213 Kuala Lumpur (SMK.Wangsa Melawati), Kumpulan 179 Kuala Lumpur( SMK. Seksyen 2), Kumpulan 219 Kuala Lumpur ( SMK. Taman Setiawangsa).

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Pesuruhjaya Pengakap Daerah Keramat, Encik Latiff Abu Hassan 012-61630564 atau Pengerusi Pasukan Latihan Daerah Keramat, Encik Mohd Anwar Bin Mohd Ariff 017-637 7803 atau Ketua Kursus, Dzulfikar Kamal Bin Kamarudin 017-641 4614 .

Sabtu, Mei 16, 2009

MESYUARAT PEMIMPIN-PEMIMPIN KUMPULAN ZON KERAMAT


Mesyuarat Pemimpin Kumpulan Pengakap akan diadakan seperti berikut:-
Untuk Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak ( Sekolah Kebangsaan)
Pada 14 Mei 2009 ( Khamis )
Untuk Pemimpin Pengakap Muda dan Remaja ( Sekolah Menengah Kebangsaan)
Pada 15 Mei 2009 ( Jumaat)
Tempat
Pusat Kokokurikulum Kuala Lumpur,
Jalan Beserah Off Jalan Kuantan, 532000 Kuala Lumput.
Masa
3.00 hingga 5.00 petang.

Kehadiran
Pemimpin Pengakap Kumpulan yang dianjurkan
( Sekolah Kebangsaan & Sekolah Menengah Kebangsaan) Pemimpin Pengakap Kumpulan Terbuka